/akn/my/act/act/2016/774

*AKTA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2016

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2016
Sections
13
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2016 is Malaysia Act, cited as Act 774 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia, untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang beramal sebagai pengamal kesihatan bersekutu dan orang yang menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu, untuk mengawal selia amalan Profesion Kesihatan Bersekutu, dan bagi perkara-perkara berkaitan. [1 Julai 2020; P.U. (B) 292/2020] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

“aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu”

ertinya apa-apa aktiviti yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung kepada penjagaan pesakit, atau kepada kesihatan individu atau penduduk;

“Daftar” ertinya suatu daftar yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 15;

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;

“Jawatankuasa Penyiasat” ertinya Jawatankuasa Penyiasat yang ditubuhkan di bawah seksyen 26;

“Majlis” ertinya Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai awam atau orang yang mempunyai kelayakan yang sesuai yang diberi kuasa di bawah seksyen 38;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Majlis Profesion Kesihatan

Bersekutu Malaysia yang disebut dalam seksyen 14;

“pengamal berdaftar” ertinya seseorang pengamal kesihatan bersekutu yang didaftarkan di bawah seksyen 17 dan bagi maksud

Bahagian V dan Bahagian VI termasuk seorang bukan warganegara

Malaysia yang disifatkan sebagai pengamal berdaftar di bawah subseksyen 24(10);

“perakuan” ertinya perakuan pendaftaran, perakuan amalan dan perakuan amalan sementara;

“Pihak Berkuasa Tatatertib” ertinya Pihak Berkuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;

“profesion dalam kesihatan bersekutu” ertinya apa-apa profesion yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung kepada penjagaan pesakit, atau kepada kesihatan individu atau penduduk;

Profesion Kesihatan Bersekutu 9

“Profesion Kesihatan Bersekutu” ertinya profesion dalam kesihatan bersekutu yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di bawah seksyen 11.

Bahagian II

BAHAGIAN II

MAJLIS PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU MALAYSIA

Suggest a correction

Penubuhan Majlis

Seksyen 3

Suatu Majlis yang dikenali sebagai Majlis Profesion Kesihatan

Open as pageSuggest a correction

Bersekutu Malaysia ditubuhkan.

Seksyen 4

Fungsi Majlis

Open as pageSuggest a correction

Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk mendaftar dan mengeluarkan perakuan kepada pengamal berdaftar;

Suggest a correction

(b)

untuk menentukan kelayakan yang bersesuaian bagi

Profesion Kesihatan Bersekutu;

Suggest a correction

(c)

untuk menentukan kehendak prasyarat yang perlu bagi

Profesion Kesihatan Bersekutu;

Suggest a correction

(d)

untuk mengawal selia amalan Profesion Kesihatan

Bersekutu;

Suggest a correction

(e)

untuk mengawal selia etika dan tatakelakuan profesional pengamal berdaftar;

Suggest a correction

(f)

untuk menyelia perkara-perkara yang berhubungan dengan

Profesion Kesihatan Bersekutu termasuklah latihan, kekompetenan dan perkembangan profesional; dan

Suggest a correction

(g)

untuk melakukan apa-apa perkara lain yang dikehendak

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

atau dibenarkan untuk dilakukan di bawah Akta ini.

Keanggotaan Majlis

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, yang hendaklah menjadi Pengerusi;

Suggest a correction

(b)

Pendaftar, yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;

dan

Suggest a correction

(c)

wakil yang dilantik oleh Menteri dari setiap profesion dalam Profesion Kesihatan Bersekutu, dalam kalangan pengamal berdaftar daripada sektor awam atau swasta atau institusi pengajian tinggi.

Suggest a correction

(2)

Bilangan anggota Majlis yang dilantik daripada sektor awam hendaklah melebihi bilangan anggota Majlis daripada sektor swasta atau institusi pengajian tinggi pada satu-satu masa.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), Majlis yang pertama hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, yang hendaklah menjadi Pengerusi;

Suggest a correction

(b)

Pendaftar, yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;

dan

Suggest a correction

(c)

wakil yang dilantik oleh Menteri dari setiap profesion dalam Profesion Kesihatan Bersekutu yang mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam kesihatan bersekutu, daripada sektor awam atau swasta atau institusi pengajian tinggi.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika suatu profesion dalam kesihatan bersekutu ditambah ke dalam Jadual Kedua atau suatu aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu ditetapkan di bawah seksyen 11, Menteri hendaklah melantik mana-mana orang yang mempunyai kelayakan

Profesion Kesihatan Bersekutu 11

dan pengalaman dalam Profesion Kesihatan Bersekutu itu sebagai anggota pertama Majlis yang mewakili Profesion Kesihatan

Bersekutu itu.

Suggest a correction

(5)

Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi anggota

Majlis.

Suggest a correction

(6)

Menteri boleh, melalui perintah, meminda Jadual

Pertama.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(b)

Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia;

atau

Suggest a correction

(c)

Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat menjalankan fungsinya.

Suggest a correction

(2)

Timbalan Pengerusi hendaklah, semasa tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Setiausaha

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Setiausaha hendaklah bertanggungjawab bagi yang berikut:

(a)

untuk menguruskan hal ehwal hari ke hari Majlis;

Suggest a correction

(b)

untuk melaksanakan keputusan Majlis; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

Suggest a correction

(c)

untuk menjalankan apa-apa tugasan lain yang diarahkan oleh Majlis.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Setiausaha hendaklah, dalam menjalankan tanggungjawabnya, bertindak di bawah kuasa dan arahan Majlis.

Jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana pengamal berdaftar yang dilantik oleh Majlis;

Suggest a correction

(b)

hendaklah tertakluk pada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan

Suggest a correction

(c)

hendaklah menepati mana-mana tatacara yang ditentukan oleh Majlis.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Anggota jawatankuasa boleh dilantik dalam kalangan anggota

Majlis atau mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Majlis.

Suggest a correction

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Majlis dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(5)

Majlis boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa yang bukan anggota

Majlis.

Suggest a correction

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa yang bukan anggota Majlis boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa.

Profesion Kesihatan Bersekutu 13

Suggest a correction

(7)

Majlis boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau menukar keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua; dan

(b)

apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 11.

Pindaan Jadual Kedua

10. Menteri boleh, atas syor Majlis, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memotong daripada Jadual Kedua apa-apa Profesion

Kesihatan Bersekutu, atau menambah ke dalam Jadual Kedua apa-apa profesion dalam kesihatan bersekutu untuk dijadikan suatu Profesion Kesihatan Bersekutu yang Akta ini hendaklah terpakai baginya, atau dalam apa-apa cara meminda Jadual Kedua.

Aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan

11. Menteri boleh, atas syor Majlis, melalui peraturan-peraturan, menetapkan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu sebagai aktiviti yang Akta ini hendaklah terpakai baginya.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

Permohonan untuk memasukkan profesion dalam kesihatan bersekutu yang lain

12. (1) Mana-mana orang boleh memohon kepada Majlis untuk menjadikan apa-apa profesion dalam kesihatan bersekutu, atau menetapkan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Majlis, sebagai suatu Profesion Kesihatan Bersekutu yang Akta ini hendaklah terpakai baginya.

(2)

Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1),

Majlis hendaklah membuat syor kepada Menteri sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Majlis.

(3)

Jika Menteri meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah profesion dalam kesihatan bersekutu itu ke dalam Jadual

Kedua, atau menetapkan aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu itu melalui peraturan-peraturan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai Profesion Kesihatan

Bersekutu yang Akta ini hendaklah terpakai baginya.

Amalan atau aktiviti diteruskan sementara penentuan pendaftaran

13. (1) Apabila suatu Profesion Kesihatan Bersekutu ditambah ke dalam Jadual Kedua, mana-mana orang yang mengamalkan Profesion

Kesihatan Bersekutu itu pada tarikh kuat kuasa penambahan itu, hendaklah, dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh kuat kuasa itu, atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang dilanjutkan oleh

Majlis, memohon untuk didaftarkan sebagai pengamal kesihatan bersekutu di bawah Akta ini.

(2)

Apabila suatu aktiviti ditetapkan sebagai aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu yang Akta ini hendaklah terpakai baginya, mana-mana orang yang menjalankan aktiviti itu pada tarikh kuat kuasa peraturan-peraturan itu, hendaklah, dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh kuat kuasa itu, atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang dilanjutkan oleh Majlis, memohon untuk didaftarkan sebagai pengamal kesihatan bersekutu di bawah

Profesion Kesihatan Bersekutu 15

Akta ini.

(3)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2)

boleh terus mengamalkan profesion itu atau menjalankan aktiviti itu sementara permohonannya bagi pendaftaran ditentukan.

(4)

Apabila permohonan bagi pendaftaran di bawah seksyen ini diluluskan, pemohon hendaklah, dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh pendaftaran itu diluluskan atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang dilanjutkan oleh Majlis, mengambil tindakan yang perlu untuk mematuhi terma dan syarat yang dikenakan pada pendaftarannya, sekiranya ada.

(5)

Jika pemohon gagal untuk mematuhi terma dan syarat yang dikenakan pada pendaftaran, kelulusan bagi permohonan itu hendaklah luput.

(6)

Jika permohonan bagi pendaftaran di bawah seksyen ini ditolak, pemohon hendaklah berhenti beramal atau menjalankan aktiviti, dari tarikh keputusan Majlis diberitahu kepada pemohon.

BAHAGIAN IV

PENDAFTARAN

Pendaftar

14. (1) Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan profesion dalam kesihatan bersekutu hendaklah menjadi Pendaftar.

(2)

Menteri boleh melantik dalam kalangan pengamal berdaftar di Kementerian Kesihatan sebagai Timbalan Pendaftar untuk menjalankan fungsi Pendaftar pada masa ketiadaannya atau sepanjang kekosongan jawatannya.

(3)

Pendaftar hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

mengeluarkan perakuan; dan 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

(b)

menyenggara Daftar.

Daftar

15. (1) Pendaftar hendaklah menyenggara suatu Daftar dalam kedua-dua bentuk fizikal dan elektronik sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Mana-mana orang boleh, apabila membayar fi yang ditetapkan, memeriksa dan membuat salinan atau cabutan butiran daripada

Daftar.

(3)

Daftar yang disenggara di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu dokumen awam dalam pengertian Akta

Keterangan 1950 [Akta 56].

Kelayakan bagi pendaftaran

16. Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai pengamal kesihatan bersekutu jika—

(a)

dia warganegara Malaysia;

(b)

dia memegang apa-apa kelayakan yang diiktiraf oleh

Majlis;

(c)

dia memenuhi prasyarat keperluan lain yang ditentukan oleh Majlis; dan

(d)

dia tidak pernah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, lebih daripada dua tahun.

Profesion Kesihatan Bersekutu 17

Pendaftaran

17. (1) Tiada seorang pun boleh mengamalkan suatu Profesion

Kesihatan Bersekutu atau menjalankan apa-apa aktiviti yang ditetapkan di bawah seksyen 11 melainkan dia telah berdaftar di bawah Akta ini.

(2)

Suatu permohonan bagi pendaftaran hendaklah dibuat kepada

Majlis mengikut cara yang ditentukan oleh Majlis dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(3)

Jika Majlis meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar hendaklah mengeluarkan perakuan pendaftaran kepada pemohon dan membuat catatan dalam Daftar.

(4)

Jika Majlis menolak permohonan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon.

Pemotongan nama daripada Daftar

18. (1) Pendaftar hendaklah memotong daripada Daftar nama dan butir-butir lain pengamal berdaftar—

(a)

yang sudah meninggal dunia;

(b)

yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(c)

yang tidak memohon kepada Pendaftar bagi pembaharuan perakuan amalan bagi tempoh enam tahun berturut-turut; dan

(d)

yang namanya telah diperintahkan untuk dipotong di bawah perenggan 29(1)(a).

(2)

Pendaftar hendaklah memberitahu pengamal berdaftar tentang pemotongan pengamal berdaftar itu di bawah perenggan (1)(b), (c) atau (d).

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

Perakuan hendaklah diserahkan

19. (1) Seorang pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar di bawah perenggan 18(1)(b), (c) atau (d)

hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan pemotongan itu, menyerahkan kepada Majlis perakuan pendaftarannya.

(2)

Mana-mana pengamal berdaftar yang gagal mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kemasukan semula selepas pemotongan

20. (1) Mana-mana pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar boleh memohon supaya namanya dimasukkan semula dan hendaklah mengemukakan sebab bagi perubahan hal keadaan yang telah berlaku dari tarikh pemotongan.

(2)

Majlis boleh memerintahkan supaya nama pemohon itu dimasukkan semula atau menolak kemasukan semula nama pemohon itu dengan mengemukakan sebab bagi penolakan itu.

(3)

Selepas perintah kemasukan semula dibuat, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon tertakluk pada pembayaran fi yang ditetapkan.

(4)

Jika Majlis menolak permohonan bagi kemasukan semula, pemohon yang terkilan dengan keputusan Majlis boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan keputusan itu, merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Pendaftaran sebagai pakar

21. (1) Mana-mana pengamal berdaftar boleh memohon untuk didaftarkan sebagai seorang pakar jika—

(a)

dia telah menghadiri latihan kepakaran yang berhubungan

Profesion Kesihatan Bersekutu 19

dengan Profesion Kesihatan Bersekutunya di institusi latihan yang diiktiraf sebagaimana yang ditentukan oleh

Majlis;

(b)

dia memegang suatu kelayakan yang diiktiraf yang dianugerahkan oleh institusi latihan yang diiktiraf; dan

(c)

dia membuktikan sehingga Majlis berpuas hati bahawa dia seorang orang yang layak dan sesuai dan mempunyai akhlak yang baik.

(2)

Suatu permohonan bagi pendaftaran sebagai pakar hendaklah dibuat kepada Majlis mengikut cara yang ditentukan oleh

Majlis dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(3)

Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa di bawah seksyen 8 untuk memperakui suatu permohonan bagi pendaftaran sebagai pakar.

(4)

Jika Majlis meluluskan permohonan di bawah subseksyen (2),

Pendaftar hendaklah mencatat nama pemohon dalam Daftar sebagai pakar.

(5)

Jika Majlis menolak permohonan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon.

Perakuan amalan

22. (1) Seorang pengamal berdaftar yang berhasrat untuk beramal hendaklah memohon kepada Majlis bagi perakuan amalan mengikut cara yang ditentukan oleh Majlis dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(2)

Jika Majlis meluluskan permohonan bagi perakuan amalan,

Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan amalan kepada pengamal berdaftar.

(3)

Suatu perakuan amalan adalah sah selama dua tahun.

(4)

Perakuan amalan hendaklah menyatakan alamat tempat

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

amalan utama dan semua tempat amalan lain pengamal berdaftar dan apa-apa perubahan kepada mana-mana alamat hendaklah diberitahu oleh pengamal berdaftar dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu kepada Pendaftar dan Pendaftar hendaklah mengendors perubahan itu.

(5)

Jika Majlis menolak permohonan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon.

(6)

Mana-mana orang boleh, setelah membayar fi yang ditetapkan, menentusahkan status perakuan amalan mana-mana pengamal berdaftar daripada Daftar dan penentusahan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang butir-butir yang terkandung dalamnya.

(7)

Mana-mana pengamal berdaftar yang beramal tanpa perakuan amalan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pembaharuan perakuan amalan

23. (1) Seorang pengamal berdaftar boleh memohon untuk membaharui perakuan amalannya.

(2)

Peruntukan mengenai permohonan perakuan amalan di bawah seksyen 22 hendaklah terpakai bagi permohonan pembaharuan perakuan amalan.

(3)

Jika seorang pengamal berdaftar yang perakuan amalannya telah luput bagi tempoh empat tahun atau lebih memohon untuk membaharui perakuan amalannya, dia hendaklah menjalani suatu penilaian kompetensi yang ditentukan oleh Majlis.

Perakuan amalan sementara

24. (1) Seorang bukan warganegara Malaysia yang sedang mengamalkan suatu Profesion Kesihatan Bersekutu di luar

Malaysia boleh memohon kepada Majlis untuk beramal

Profesion Kesihatan Bersekutu 21

di Malaysia jika dia memenuhi kelayakan yang berikut:

(a)

dia berada di Malaysia semata-mata bagi tujuan mengajar, menjalankan penyelidikan atau mengikuti kursus lepasan ijazah dalam bidang kesihatan bersekutu di institusi yang diluluskan oleh Majlis;

(b)

dia memiliki kemahiran dalam bidang kesihatan bersekutu yang difikirkan perlu oleh Majlis bagi kemajuan penjagaan kesihatan di Malaysia; atau

(c)

dia mempunyai kontrak kerja dengan perkhidmatan awam.

(2)

Suatu permohonan oleh bukan warganegara Malaysia untuk beramal hendaklah mengikut cara yang ditentukan oleh Majlis dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(3)

Jika Majlis meluluskan permohonan di bawah subseksyen (2),

Pendaftar hendaklah mengeluarkan kepada bukan warganegara

Malaysia itu suatu perakuan amalan sementara dan membuat catatan dalam Daftar.

(4)

Tiada seorang pun bukan warganegara Malaysia boleh mengamalkan mana-mana Profesion Kesihatan Bersekutu melainkan jika dia telah diberikan perakuan amalan sementara.

(5)

Perakuan amalan sementara adalah sah bagi tempoh satu tahun dari tarikh perakuan itu dikeluarkan.

(6)

Majlis boleh membatalkan perakuan amalan sementara jika pemegang perakuan itu gagal mematuhi syarat dan sekatan yang dinyatakan dalam perakuan itu.

(7)

Perakuan amalan sementara boleh diperbaharui melalui permohonan kepada Majlis dan disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(8)

Perakuan amalan sementara hendaklah menyatakan alamat tempat amalan utama dan semua tempat amalan lain pemegang

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

perakuan amalan sementara dan apa-apa perubahan kepada mana-mana alamat hendaklah diberitahu oleh pemegang perakuan amalan sementara dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu kepada Pendaftar dan Pendaftar hendaklah mengendors perubahan itu.

(9)

Mana-mana bukan warganegara Malaysia yang beramal sebagai pengamal kesihatan bersekutu tanpa perakuan amalan sementara melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(10)

Pemegang perakuan amalan sementara hendaklah, selagi perakuan itu terus berkuat kuasa dan tertakluk pada syarat dan sekatan yang dinyatakan dalam perakuan itu, disifatkan sebagai seorang pengamal berdaftar bagi maksud Bahagian V dan Bahagian VI.

BAHAGIAN V

PROSIDING TATATERTIB

Kuasa tatatertib Majlis

25. (1) Majlis hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas pengamal berdaftar.

(2)

Majlis boleh menjalankan kuasa tatatertib ke atas mana-mana pengamal berdaftar—

(a)

yang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

yang telah disabitkan oleh mahkamah di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan yang melibatkan rasuah, fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, lebih daripada dua tahun;

Profesion Kesihatan Bersekutu 23

(c)

yang kelulusannya telah ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa penganugerah yang melaluinya kelulusan itu diperoleh atau yang daripadanya kelulusan itu dianugerah;

(d)

yang telah dilarang daripada mengamalkan Profesion

Kesihatan Bersekutu di mana-mana tempat luar

Malaysia;

(e)

yang dikatakan telah melakukan salah laku profesional yang serius sebagaimana yang ditetapkan dalam kod etika dan tatakelakuan profesional dan mana-mana garis panduan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Majlis; dan

(f)

yang telah mendapatkan pendaftaran di bawah Akta ini melalui fraud atau salah nyataan.

Jawatankuasa Penyiasat

26. (1) Majlis boleh, dari semasa ke semasa, menubuhkan

Jawatankuasa Penyiasat untuk menyiasat apa-apa aduan atau maklumat yang diterima terhadap pengamal berdaftar atau apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis.

(2)

Jawatankuasa Penyiasat hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

anggota Majlis yang hendaklah menjadi pengerusi; dan

(b)

mana-mana anggota lain dalam kalangan pengamal berdaftar.

(3)

Jawatankuasa Penyiasat hendaklah menentukan sama ada perlu atau tidak suatu siasatan diadakan berdasarkan siasatannya dan hendaklah mengesyorkan dapatannya kepada Pihak Berkuasa

Tatatertib.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

Pihak Berkuasa Tatatertib

27. (1) Majlis boleh, dari semasa ke semasa, menubuhkan Pihak

Berkuasa Tatatertib.

(2)

Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, yang bukan orang yang dilantik di bawah subsekyen 26(2):

(a)

anggota Majlis yang hendaklah menjadi pengerusi; dan

(b)

mana-mana anggota lain dalam kalangan pengamal berdaftar.

(3)

Apabila Jawatankuasa Penyiasat mengesyorkan kepada

Pihak Berkuasa Tatatertib untuk menyiasat apa-apa aduan atau maklumat yang diterima terhadap pengamal berdaftar, atau apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis, Pihak Berkuasa

Tatatertib hendaklah menyiasat aduan, maklumat atau apa-apa perkara tatatertib itu.

(4)

Pihak

Berkuasa

Tatatertib hendaklah mengesyorkan dapatannya kepada Majlis bagi Majlis membuat keputusan.

Perintah sementara

28. (1) Jika, berdasarkan dapatan Jawatankuasa Penyiasat dan

Pihak Berkuasa Tatatertib, Majlis berpuas hati adalah perlu bagi perlindungan orang awam atau selainnya demi kepentingan awam,

Majlis boleh membuat perintah yang berikut:

(a)

supaya pendaftaran pengamal berdaftar itu digantung bagi tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang hendaklah dikenali sebagai perintah penggantungan sementara; atau

(b)

supaya pendaftaran pengamal berdaftar itu diteruskan atas kepatuhannya terhadap apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Majlis untuk dikenakan, sepanjang tempoh

Profesion Kesihatan Bersekutu 25

masa yang tidak melebihi dua belas bulan, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang hendaklah dikenali sebagai perintah bagi sekatan pendaftaran sementara.

(2)

Majlis boleh melanjutkan atau melanjutkan seterusnya suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan setiap pelanjutan hendaklah bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan.

(3)

Pendaftar hendaklah memberitahu pengamal berdaftar tentang perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (2).

(4)

Majlis boleh, atas permohonan pengamal berdaftar berkenaan—

(a)

dalam hal perintah penggantungan sementara, membatalkan perintah itu;

(b)

dalam hal perintah bagi sekatan pendaftaran sementara, membatalkan perintah itu atau mengubah apa-apa syarat yang dikenakan oleh perintah itu; atau

(c)

dalam mana-mana hal dalam perenggan (a) atau (b), menggantikan tempoh yang dinyatakan dalam perintah atau dalam perintah yang melanjutkannya dengan tempoh lain yang dinyatakan dalam perintah itu atau perintah yang melanjutkannya itu, semasa perintah itu dibuat.

(5)

Suatu perintah penggantungan sementara atau perintah bagi sekatan pendaftaran sementara hendaklah berkuat kuasa sehingga berakhirnya tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu atau, jika dilanjutkan di bawah subseksyen (2), dalam perintah pelanjutan itu atau, tarikh tamatnya prosiding, yang mana lebih awal.

(6)

Semasa pendaftaran seseorang digantung oleh sebab suatu perintah penggantungan sementara, dia tidak boleh disifatkan sebagai berdaftar walaupun namanya masih terdapat dalam Daftar.

(7)

Sebaik sahaja tamat tempoh atau pembatalan perintah penggantungan sementara atau perintah bagi sekatan pendaftaran sementara, hak dan keistimewaan orang itu sebagai pengamal

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

berdaftar hendaklah dikembalikan semula dari tarikh tamat tempoh atau pembatalan itu, dengan syarat dia telah mematuhi semua terma perintah itu.

(8)

Mana-mana pengamal berdaftar yang melanggar perintah penggantungan sementara atau perintah bagi sekatan pendaftaran sementara yang dikenakan ke atasnya melakukan suatu kesalahan.

(9)

Mana-mana pengamal berdaftar yang terkilan dengan suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh merayu kepada

Menteri, dan keputusan Menteri adalah muktamad.

Hukuman tatatertib

29. (1) Majlis boleh, dalam menjalankan kuasa tatatertibnya, mengenakan mana-mana satu atau lebih hukuman yang berikut:

(a)

memerintahkan supaya nama pengamal berdaftar itu dipotong daripada Daftar;

(b)

memerintahkan supaya nama pengamal berdaftar itu digantung daripada Daftar bagi apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh Majlis;

(c)

memerintahkan supaya pengamal berdaftar itu dicela.

(2)

Majlis boleh, dalam mana-mana hal, membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut oleh Majlis berkaitan pembayaran kos kepada Pendaftar, sekiranya ada, dan mana-mana pengadu, dan apa-apa kos yang diawardkan boleh dituntut sebagai hutang sivil.

Rayuan

30. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan suatu perintah yang dibuat terhadapnya oleh Majlis pada menjalankan kuasa tatatertibnya boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pembuatan perintah itu, merayu kepada Menteri.

Profesion Kesihatan Bersekutu 27

(2)

Menteri boleh, dalam mempertimbangkan suatu rayuan di bawah subseksyen (1), mengesahkan, mengakas atau mengubah perintah yang dirayu itu, dan keputusan Menteri adalah muktamad.

Kemasukan semula selepas rayuan

31. Mana-mana orang yang namanya telah dipotong daripada Daftar menurut suatu perintah Majlis di bawah seksyen 29 hendaklah, jika rayuannya dibenarkan, dimasukkan semula namanya ke dalam

Daftar dan Pendaftar hendaklah mengeluarkan perakuan pendaftaran atau perakuan amalan sementara, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepadanya.

BAHAGIAN VI

KESALAHAN-KESALAHAN

Pengiklanan

32. (1) Seorang pengamal berdaftar atau mana-mana orang yang mengambil bekerja atau menggaji pengamal berdaftar tidak boleh—

(a)

membuat apa-apa pernyataan palsu dalam apa-apa iklan, jurnal, artikel, risalah, laman web atau media komersial berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan bersekutu atau apa-apa perkara yang berhubungan dengan kesihatan;

(b)

membuat apa-apa pernyataan palsu atau yang mengelirukan berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan bersekutu dengan tujuan untuk mendorong, mempengaruhi atau menyebabkan mana-mana orang membuat kontrak bagi membeli perkhidmatan itu;

(c)

dalam menjalankan amalan kesihatan bersekutu, melanggar mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia pengiklanan bagi perkara atau maksud perubatan dan kesihatan; atau 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

(d)

dalam menjalankan amalan kesihatan bersekutu, bertindak bertentangan dengan apa-apa garis panduan atau arahan mengenai pengiklanan yang dikeluarkan oleh Majlis.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “pernyataan mengelirukan” ertinya apa-apa perbuatan yang berkemungkinan mengelirukan orang ramai—

(a)

tentang sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi tujuan, atau kuantiti, perkhidmatan yang diberikan; atau

(b)

mengenai perkhidmatan yang diberikan daripada jenis, standard, kualiti atau kuantiti tertentu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Sekatan ke atas pengamal tidak berdaftar

33. (1) Seseorang yang tidak berdaftar di bawah Akta ini—

(a)

tidak boleh mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai seorang yang mengamal atau menjalankan atau mengendalikan, atau bekerja, sebagai pengamal berdaftar;

(b)

tidak boleh menggunakan gelaran “berdaftar” dengan

Profesion Kesihatan Bersekutu masing-masing atau apa-apa gelaran dalam mana-mana bahasa yang semunasabahnya boleh ditafsirkan bahawa dia seorang pengamal berdaftar;

(c)

jika seseorang itu tidak didaftarkan sebagai seorang pakar di bawah seksyen 21, tidak boleh mengemukakan dirinya sebagai pakar;

Profesion Kesihatan Bersekutu 29

(d)

tidak boleh menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, kad atau peranti lain yang memperkenalkan atau membayangkan bahawa dia seorang pengamal berdaftar; atau

(e)

tidak berhak untuk mendapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah, apa-apa fi, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberikan sebagai pengamal berdaftar.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan yang berhubungan dengan perakuan

34. (1) Seseorang tidak boleh—

(a)

memperoleh atau menyebabkan pemerolehan suatu perakuan dengan membuat atau menyebabkan dibuat, atau mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan, suatu pengakuan, perakuan, permohonan atau representasi palsu atau fraud;

(b)

memalsukan, mengubah atau melancung suatu perakuan;

(c)

menggunakan suatu perakuan yang dipalsukan, diubah atau dilancungkan;

(d)

membeli atau secara fraud memperoleh suatu perakuan; dan

(e)

menjual, menyerah hak atau memindah suatu perakuan.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Secara palsu menyamar, menggunakan nama atau mengemukakan diri sebagai pengamal berdaftar

35. (1) Seseorang yang tidak berdaftar di bawah Akta ini tidak boleh—

(a)

secara palsu menyamar sebagai seorang pengamal berdaftar;

(b)

memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang boleh ditafsirkan bahawa dia seorang pengamal berdaftar atau bahawa dia diiktiraf di sisi undang-undang sebagai pengamal berdaftar;

(c)

menggunakan apa-apa bentuk peralatan diagnostik, penyiasatan atau terapeutik atau peranti untuk mendorong mana-mana orang supaya mempercayai bahawa dia adalah seorang pengamal berdaftar; atau

(d)

mengemukakan dirinya, melalui pengiklanan atau selainnya, sebagai berkelayakan atau diberi kuasa untuk beramal sebagai pengamal berdaftar.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Menggaji seseorang yang bukan pengamal berdaftar

36. (1) Mana-mana orang yang menggaji seseorang yang tidak berdaftar di bawah Akta ini untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

Profesion Kesihatan Bersekutu 31

(a)

dalam hal seseorang individu—

(i)

didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; atau

(ii)

bagi suatu kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(i)

didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan

(ii)

bagi suatu kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(2)

Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau suatu pertubuhan—

(a)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab terhadap pertubuhan perbadanan itu;

(b)

dalam hal suatu perkongsian, setiap pekongsi dalam perkongsian itu; atau

(c)

dalam hal suatu pertubuhan, pemegang-pemegang jawatannya, hendaklah juga bersalah melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan—

(i)

didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi suatu kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Penalti am

37. (1) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal seseorang individu—

(i)

berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; atau

(ii)

berkenaan dengan kesalahan kedua atau yang berterusan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(i)

berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; dan

(ii)

berkenaan dengan kesalahan kedua atau yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

(2)

Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab atas pertubuhan perbadanan itu;

Profesion Kesihatan Bersekutu 33

(b)

dalam hal suatu perkongsian, setiap pekongsi dalam perkongsian itu;

(c)

dalam hal suatu persatuan, pemegang-pemegang jawatannya, hendaklah juga bersalah melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan—

(i)

berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(ii)

berkenaan dengan kesalahan kedua atau yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

BAHAGIAN VII

PENGUATKUASAAN

Pegawai diberi kuasa

38. Menteri boleh secara bertulis memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam dan orang yang mempunyai kelayakan yang sesuai untuk melaksanakan kuasa penguatkuasaan di bawah

Akta ini.

Kuasa penyiasatan

39. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah

Akta ini.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, seorang pegawai diberi kuasa hendaklah

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

mempunyai semua atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis dalam apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593], dan semua kuasa hendaklah menjadi tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.

Permulaan pendakwaan

40. Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini tanpa sanksi secara bertulis daripada Pendakwa

Raya.

BAHAGIAN VIII

AM

Garis panduan dan arahan

41. Majlis boleh, bagi pelaksanaan selanjutnya, yang lebih baik atau lebih lancar peruntukan Akta ini, mengeluarkan garis panduan dan arahan sebagaimana yang dianggap perlu dan suai manfaat oleh

Majlis.

Pengkompaunan kesalahan

42. (1) Menteri boleh, atas syor Majlis membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan—

(a)

mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang boleh dikompaun;

(b)

kriteria bagi mengkompaun kesalahan; dan

(c)

kaedah dan tatacara mengkompaun kesalahan.

(2)

Pegawai diberi kuasa boleh, dengan keizinan bertulis

Profesion Kesihatan Bersekutu 35

Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada pegawai diberi kuasa suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(4)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(5)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana dokumen atau benda yang disita berkaitan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Majlis tertakluk pada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis.

Pekhidmat awam

43. Mana-mana anggota Majlis atau mana-mana jawatankuasanya, mana-mana anggota Jawatankuasa Penyiasat, mana-mana anggota

Pihak Berkuasa Tatatertib, mana-mana pegawai diberi kuasa, atau mana-mana pekerja

Majlis, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini sebagai anggota

Majlis atau jawatankuasanya, anggota

Jawatankuasa Penyiasat atau Pihak Berkuasa Tatatertib, atau pegawai diberi kuasa atau pekerja Majlis, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

44. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Majlis atau terhadap mana-mana anggota, termasuklah mana-mana anggota Jawatankuasa Penyiasat atau Pihak

Berkuasa Tatatertib, pekerja atau ejen Majlis atau mana-mana jawatankuasanya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifatnya yang sedemikian.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

45. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—

(a)

tatacara bagi penyimpanan Daftar, bentuk dan kandungan

Daftar;

(b)

amaun fi dan caj berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini;

(c)

apa-apa perkara yang berhubungan dengan prosiding tatatertib dan bagi penjalanan kuasa tatatertib Majlis, dan apa-apa perkara lain yang bersampingan dengannya; dan

(d)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini.

Peruntukan peralihan

46. (1) Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Profesion Kesihatan Bersekutu 37

Akta ini, sedang mengamalkan mana-mana Profesion Kesihatan

Bersekutu atau menjalankan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu yang ditetapkan di bawah seksyen 11, hendaklah, dalam tempoh dua belas bulan, atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Majlis, dari tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, memohon untuk didaftarkan sebagai pengamal kesihatan bersekutu di bawah seksyen 17.

(2)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh terus mengamalkan Profesion Kesihatan Bersekutu atau menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu sementara permohonannya ditentukan.

(3)

Apabila permohonan bagi pendaftaran di bawah subseksyen (1) diluluskan, pemohon, hendaklah, dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh pendaftaran diluluskan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Majlis, mengambil tindakan yang perlu untuk mematuhi terma dan syarat yang dikenakan ke atas pendaftaran itu, sekiranya ada.

(4)

Jika pemohon gagal mematuhi terma dan syarat yang dikenakan ke atas pendaftaran, kelulusan pendaftaran itu hendaklah luput.

(5)

Jika permohonan bagi pendaftaran di bawah subseksyen (1)

ditolak, pemohon hendaklah berhenti beramal atau berhenti menjalankan aktiviti, dari tarikh pemohon diberitahu tentang penolakan itu.

(6)

Mana-mana bukan warganegara Malaysia yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, sedang mengamalkan mana-mana

Profesion Kesihatan Bersekutu, hendaklah, dalam tempoh enam bulan, atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Majlis, dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon perakuan amalan sementara di bawah seksyen 24.

(7)

Mana-mana bukan warganegara Malaysia yang disebut dalam subseksyen (6) boleh meneruskan pengamalan Profesion

Kesihatan Bersekutu sementara permohonannya ditentukan.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

(8)

Apabila permohonan di bawah subseksyen (6) diluluskan, seseorang bukan warganegara Malaysia, hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh permohonan diluluskan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Majlis, mengambil tindakan yang perlu untuk mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan dalam kelulusan itu, sekiranya ada.

(9)

Apabila seseorang bukan warganegara Malaysia gagal mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan dalam kelulusan, kelulusan itu hendaklah luput.

(10)

Apabila permohonan di bawah subseksyen (6) ditolak, seseorang bukan warganegara Malaysia hendaklah berhenti beramal, dari tarikh pemohon diberitahu tentang penolakan itu.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 5]

Tempoh jawatan

1. (1) Seseorang anggota Majlis daripada sektor swasta atau institusi pengajian tinggi, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan, jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan layak untuk dilantik semula bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun.

(2)

Anggota yang disebut dalam subperenggan (1) tidak layak untuk memegang jawatan melebihi dua penggal berturut-turut.

Anggota silih ganti

2. (1) Menteri boleh melantik bagi setiap anggota Majlis daripada sektor awam seorang anggota silih ganti yang mempunyai kelayakan yang sama dengan anggota itu.

(2)

Anggota silih ganti boleh menghadiri mesyuarat Majlis bagi menggantikan anggota apabila anggota itu atas apa-apa sebab tidak dapat hadir.

Profesion Kesihatan Bersekutu 39

(3)

Anggota silih ganti yang menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Majlis.

(4)

Anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti daripada menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Majlis.

Pengosongan jawatan

3. (1) Jawatan seseorang anggota Majlis hendaklah dikosongkan—

(a)

jika dia meninggal dunia;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, lebih daripada dua tahun;

(c)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(d)

jika dia menjadi bankrap;

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;

(f)

jika dia meletak jawatan;

(g)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau

(h)

jika dia terhenti menjadi seorang pengamal berdaftar atau dia digantung sebagai seorang pengamal berdaftar.

(2)

Apabila jawatan seseorang anggota Majlis daripada sektor swasta atau institusi pengajian tinggi menjadi kosong sebelum tamat tempoh jawatannya, seseorang daripada profesion yang sama hendaklah dilantik oleh Menteri bagi mengisi kekosongan untuk mewakili profesion berkenaan dan hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh jawatan orang yang jawatannya telah menjadi kosong.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

(3)

Apa-apa tempoh pelantikan yang dibuat di bawah perenggan 1 Jadual ini tidak boleh diambil kira dalam pengiraan tempoh pelantikan seseorang anggota yang disebut dalam subperenggan (2).

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan

4. (1) Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan seseorang anggota Majlis daripada sektor swasta atau institusi pengajian tinggi.

(2)

Anggota yang disebut dalam subperenggan (1) boleh, pada bila-bila masa, meletak jawatan dengan memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari notis bertulis kepada Menteri.

Pengerusi

5. (1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.

(2)

Pada masa ketiadaan Pengerusi pada mana-mana mesyuarat Majlis atas apa-apa sebab, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat.

(3)

Pada masa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi pada mana-mana mesyuarat Majlis atas apa-apa sebab, mana-mana anggota Majlis yang dilantik oleh Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat.

(4)

Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik di bawah subperenggan (2) atau (3), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah sepanjang tempoh masa dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah perenggan ini disifatkan sebagai Pengerusi.

Majlis dan jawatankuasa boleh mengundang orang lain ke mesyuarat

6. Majlis dan jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis atau jawatankuasa bagi maksud menasihati Majlis atau jawatankuasa atas apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

Kekerapan dan tempat mesyuarat

7. (1) Majlis dan jawatankuasa hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam notis bertulis yang dikeluarkan oleh Pengerusi jika berkenaan dengan Majlis atau

Profesion Kesihatan Bersekutu 41

pengerusi jawatankuasa jika berkenaan dengan jawatankuasa, dengan syarat mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

(2)

Anggota Majlis boleh memohon untuk mengadakan mesyuarat Majlis dengan mengemukakan notis permohonan kepada

Setiausaha menurut subperenggan (3).

(3)

Notis permohonan di bawah subperenggan (2) hendaklah mengandungi tandatangan sekurang-kurangnya tiga anggota Majlis dan hendaklah menyatakan perkara yang hendak dibincangkan dan diputuskan oleh Majlis.

Kuorum

8. (1) Kuorum mesyuarat Majlis hendaklah lapan.

(2)

Kuorum mesyuarat jawatankuasa hendaklah tidak kurang daripada separuh anggota jawatankuasa.

Undi pemutus

9. (1) Keputusan Majlis hendaklah dibuat melalui majoriti biasa anggota yang hadir dan mengundi, dan dalam hal keadaan bilangan undi yang sama banyak,

Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

(2)

Pengundian bagi mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan berkaitan

Profesion Kesihatan Bersekutu yang tertentu tidak boleh dilakukan tanpa kehadiran anggota Majlis masing-masing yang mewakili Profesion Kesihatan Bersekutu itu.

Minit

10. (1) Majlis dan jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Minit mesyuarat Majlis dan jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.

(3)

Tiap-tiap mesyuarat Majlis dan jawatankuasa yang minit berkenaan dengannya telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

(4)

Suatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan salinan minit mesyuaratnya dikemukakan kepada Majlis secepat yang dapat dilaksanakan.

Tatacara

11. Majlis dan jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Elaun

12. Anggota Majlis, jawatankuasa dan mana-mana orang lain yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis dan jawatankuasa hendaklah dibayar elaun atau perbelanjaan yang ditentukan oleh

Menteri.

Penzahiran kepentingan

13. (1) Seseorang anggota Majlis atau mana-mana jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat Majlis atau jawatankuasa, yang secara langsung atau tidak langsung, mempunyai kepentingan berhubung dengan apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Majlis atau jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada Majlis atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat dan jenis kepentingannya itu.

(2)

Penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Majlis atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Selepas penzahiran di bawah subperenggan (1), anggota Majlis atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat

Majlis atau jawatankuasa—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian atau menghadiri apa-apa pertimbangtelitian atau semasa Majlis atau jawatankuasa membuat apa-apa keputusan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Majlis atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam pertimbangtelitian atau semasa membuat apa-apa keputusan mengenai perkara itu.

Kesahan perbuatan dan prosiding

14. Tiada perbuatan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

Profesion Kesihatan Bersekutu 43

(a)

apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Majlis atau jawatankuasa; atau

(b)

apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit sesuatu kes.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 9 dan 10]

SENARAI PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU

1.

Ahli Audiologi 2.

Ahli Dietetik 3.

Ahli Entomologi (Kesihatan Awam)

4.

Ahli Fisioterapi 5.

Ahli Fizik Perubatan 6.

Ahli Pemakanan 7.

Ahli Psikologi Klinikal 8.

Ahli Radiografi Diagnostik 9.

Ahli Sains Makmal Perubatan

10. Ahli Terapi Cara Kerja

11. Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa

12. Ahli Terapi Radiasi

13. Juruteknologi Makmal Perubatan 14.

Juruteknologi Pergigian

15. Pegawai Kesihatan Persekitaran

16. Pegawai Pendidikan Kesihatan

44

Akta 774

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 72/2022

Perintah

Profesion

Kesihatan

Bersekutu

(Pindaan Jadual Kedua)

2022

24-03-2022

45

Akta 774

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Common questions

What is ALLIED HEALTH PROFESSIONS ACT 2016?
*AKTA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2016 is Malaysia Act, cited as Act 774 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Is ALLIED HEALTH PROFESSIONS ACT 2016 still in force?
Yes — ALLIED HEALTH PROFESSIONS ACT 2016 is currently in force.
When did ALLIED HEALTH PROFESSIONS ACT 2016 take effect?
ALLIED HEALTH PROFESSIONS ACT 2016 was first recorded in 2016.
How many sections does ALLIED HEALTH PROFESSIONS ACT 2016 have?
ALLIED HEALTH PROFESSIONS ACT 2016 contains 9 sections.
Where can I read the official version of ALLIED HEALTH PROFESSIONS ACT 2016?
The official text of ALLIED HEALTH PROFESSIONS ACT 2016 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2016 (No. 774) | mylaw.my