Seksyen 8
Jawatankuasa
of Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016
Majlis boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan oleh Majlis perlu atau suai manfaat untuk membantu Majlis melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya.
(2)
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—
(a)
hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana pengamal berdaftar yang dilantik oleh Majlis;
(b)
hendaklah tertakluk pada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan
(c)
hendaklah menepati mana-mana tatacara yang ditentukan oleh Majlis.
(3)
Anggota jawatankuasa boleh dilantik dalam kalangan anggota
Majlis atau mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Majlis.
(4)
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Majlis dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
(5)
Majlis boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa yang bukan anggota
Majlis.
(6)
Seseorang anggota jawatankuasa yang bukan anggota Majlis boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa.
Profesion Kesihatan Bersekutu 13
(7)
Majlis boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau menukar keanggotaan sesuatu jawatankuasa.