Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
/akn/my/act/act/2019/824
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2019 is Malaysia Act, cited as Act 824 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Lembaga” ertinya Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Promosi Kesihatan
Malaysia 2006;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 824
AKTA LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN
MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2019
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 824
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan 1957 [Akta 349].
Pemansuhan dan pembubaran
Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta itu dibubarkan.
Pemindahan kuasa, hak, dsb.
Segala kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini adalah kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diturunkan kepada Kerajaan.
Pemindahan Kumpulan Wang Promosi Kesihatan Malaysia
Kumpulan Wang Promosi Kesihatan Malaysia, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah dipindahkan kepada Kerajaan.
Kontrak yang sedia ada, dsb.
Segala surat ikatan, perjanjian, dokumen dan surat cara lain yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan menyentuh mana-mana harta atau wang yang dipindahkan di bawah Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, terhadap atau memihak kepada Kerajaan, dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesannya seolah-olah, bukannya Lembaga, tetapi Kerajaan yang telah dinamakan dalam surat ikatan, perjanjian, dokumen dan surat cara lain itu dan telah menjadi suatu pihak kepada surat ikatan, perjanjian, dokumen dan surat cara lain itu.
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Pembubaran)
7
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
Apa-apa prosiding sivil atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana prosiding atau kausa tindakan itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
Apa-apa rayuan yang dibawa, atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana prosiding undang-undang itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
Penerusan undang-undang, dsb.
Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis termasuk perundangan subsidiari atau dokumen mengenai Lembaga hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 824
Peletakhakan harta, dsb.
Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan dengan hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan dengan tempoh pemegangan yang serupa sebagaimana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu.
Mana-mana tanah yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan.
Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa harta dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan, peruntukan Bahagian Tiga
Puluh Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56 Tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Kerajaan.
Mana-mana harta dan aset, selain tanah, yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Kerajaan.
Dalam hal harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Kerajaan pada tarikh peletakhakan, Kerajaan boleh membuat perjanjian atau perkiraan mengenai harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan mana-mana orang lain.