Skip to content

Seksyen 7

Penerusan prosiding jenayah dan sivil

of Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Pembubaran) 2019

ActIn forceProvision 7 of 9
Seksyen 7
(1)

Pemansuhan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006

tidaklah menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah

Akta itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau mana-mana prosiding jenayah yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Apa-apa prosiding sivil atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana prosiding atau kausa tindakan itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa, atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana prosiding undang-undang itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

Penerusan undang-undang, dsb.