/akn/my/act/act/2019/829

*AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) 2020

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2019
Last amended
2022
Sections
11
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) 2020 is Malaysia Act, cited as Act 829 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah sementara untuk mengurangkan kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) termasuklah mengubah suai peruntukan yang berkaitan dalam Akta Had Masa 1953, Ordinan Had Masa Sabah, Ordinan Had Masa Sarawak, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, Akta Insolvensi 1967, Akta Sewa Beli 1967, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Distres 1951, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Ordinan Buruh Sabah, Ordinan Buruh Sarawak, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955. [ 23 Oktober 2020 ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kecuali jika tarikh permulaan kuat kuasa dan tempoh kuat kuasa telah diperuntukkan berkenaan dengan Bahagian yang berkaitan dalam Akta ini, Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh penyiaran Akta ini dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun dari tarikh penyiaran itu.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Perdana Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melanjutkan kuat kuasa

Akta ini dan perintah bagi pelanjutan itu boleh dibuat lebih daripada sekali.

Suggest a correction

(4)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas penyiarannya dalam Warta.

Pengubahsuaian kepada Akta dan Ordinan

Suggest a correction

Seksyen 2

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

Open as pageSuggest a correction

Akta Had Masa 1953 [Akta 254], Ordinan Had Masa Sabah [Bab 72 (1952)], Ordinan Had Masa Sarawak [Bab 49 (Ed. 1958)], Akta

Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198], Akta Insolvensi 1967 [Akta 360], Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212], Akta Perlindungan

Pengguna 1999 [Akta 599], Akta Distres 1951 [Akta 255], Akta

Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta

Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177], Akta Agensi Pekerjaan

Swasta 1981 [Akta 246], Ordinan Buruh Sabah [Bab 67], Ordinan

Buruh Sarawak [Bab 76], Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334], Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91], Akta Mahkamah

Rendah 1948 [Akta 92] dan Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955 [Akta 55] diubah suai mengikut cara yang dinyatakan masing-masing dalam Bahagian III, IV, V, VI, VII, VIII, IX, X, XI, XII, XIII,

XIV, XV, XVI, XVII dan XVIII.

Seksyen 3

Undang-undang yang mengatasi

Open as pageSuggest a correction

Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi dan peruntukan undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

hendaklah disifatkan digantikan setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu.

Seksyen 4

Sebutan mengenai COVID-19

Open as pageSuggest a correction

Dalam Akta ini, apa-apa sebutan mengenai “COVID-19” ialah sebutan mengenai “Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)”.

Bahagian II

BAHAGIAN II

KETIDAKUPAYAAN UNTUK MELAKSANAKAN OBLIGASI

Suggest a correction

KONTRAKTUAL

Permulaan kuat kuasa Bahagian ini

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melanjutkan kuat kuasa Bahagian ini, yang pelanjutannya tidak boleh melebihi tempoh kuat kuasa Akta ini yang diperuntukkan dalam subseksyen 1(2) atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan di bawah subseksyen 1(3), mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(3)

Suatu perintah di bawah subseksyen (2)—

(a)

tidak boleh dibuat selepas habis tempoh kuat kuasa atau kuat kuasa yang dilanjutkan Bahagian ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas penyiarannya dalam Warta.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 6

Dalam

Open as pageSuggest a correction

Bahagian ini,

“Menteri”

ertinya

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang.

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

13

Seksyen 7

Ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual

Open as pageSuggest a correction

Ketidakupayaan mana-mana pihak atau pihak-pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul daripada mana-mana kategori kontrak yang dinyatakan dalam Jadual kepada

Bahagian ini yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19 tidak membolehkan pihak atau pihak-pihak lain untuk menjalankan haknya atau hak mereka di bawah kontrak.

Seksyen 8

Kuasa untuk meminda Jadual

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Bahagian ini.

Seksyen 9

Pengantaraan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh menentukan proses pengantaraan yang termasuklah pelantikan pengantara, peranan pengantara, penjalanan pengantaraan dan pengakhiran pengantaraan.

Suggest a correction

(3)

Apabila pengantaraan berakhir dan pihak-pihak mencapai persetujuan berkenaan dengan sesuatu pertikaian, pihak-pihak itu hendaklah membuat suatu perjanjian penyelesaian yang hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak-pihak itu.

Suggest a correction

(4)

Pengantara hendaklah mengesahkan perjanjian penyelesaian itu dan memberikan suatu salinan perjanjian itu kepada pihak-pihak.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

Suggest a correction

(5)

Perjanjian penyelesaian itu hendaklah mengikat pihak-pihak.

Kecualian

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 7, mana-mana kontrak yang ditamatkan, mana-mana deposit atau bon pelaksanaan yang dilucut hak, mana-mana ganti rugi yang diterima, mana-mana prosiding undang-undang, timbang tara atau pengantaraan yang dimulakan, mana-mana penghakiman atau award yang diberikan dan mana-mana pelaksanaan yang dijalankan bagi tempoh dari 18 Mac 2020 hingga tarikh penyiaran Akta ini hendaklah disifatkan telah ditamatkan, dilucut hak, diterima, dimulakan, diberikan atau dijalankan dengan sah.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 7]

SENARAI KATEGORI KONTRAK

1. Kontrak kerja pembinaan atau kontrak perundingan pembinaan dan apa-apa kontrak lain yang berhubungan dengan pembekalan bahan, kelengkapan atau pekerja pembinaan yang berkaitan dengan suatu kontrak pembinaan

2. Bon pelaksanaan atau yang setara yang diberikan menurut suatu kontrak pembinaan atau kontrak pembekalan

3. Kontrak perkhidmatan profesional

4. Pajakan atau sewaan harta tak alih bukan kediaman

5. Kontrak acara bagi penyediaan mana-mana tempat, penginapan, kemudahan, pengangkutan, hiburan, katering atau barangan atau perkhidmatan lain termasuklah, bagi mana-mana mesyuarat perniagaan, perjalanan insentif, persidangan, pameran, acara jualan, konsert, pertunjukan, perkahwinan, parti atau perhimpunan sosial lain atau acara sukan, bagi peserta, orang yang hadir, tetamu, penaung atau penonton bagi perhimpunan atau acara itu

6. Kontrak oleh pengusahaan pelancongan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta

Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan kontrak bagi penggalakan pelancongan di

Malaysia

7. Kontrak yang berhubungan dengan ziarah keagamaan

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

15

BAHAGIAN III

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA HAD MASA 1953

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Akta Had Masa 1953

11.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020

dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa hingga 31 Disember 2020.

Tempoh had masa dalam seksyen 6 dilanjutkan

12.

Apa-apa tempoh had masa yang dinyatakan dalam seksyen 6

Akta Had Masa 1953 yang habis tempoh semasa tempoh dari 18 Mac 2020

hingga 31 Ogos 2020 hendaklah dilanjutkan hingga 31 Disember 2020.

BAHAGIAN IV

PENGUBAHSUAIAN KEPADA ORDINAN HAD MASA SABAH

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Ordinan Had Masa

Sabah

13.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020

dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa hingga 31 Disember 2020.

Tempoh had masa dilanjutkan

14.

Apa-apa tempoh had masa yang dinyatakan dalam perenggan 1

hingga 4, subperenggan 5(a), perenggan 8, perenggan 10 hingga 33, perenggan 35 hingga 79, perenggan 83 hingga 88, perenggan 90

hingga 95 dan perenggan 98, 100, 106, 107, 111 dan 113 dalam Jadual kepada Ordinan Had Masa Sabah yang habis tempoh semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 hendaklah dilanjutkan hingga 31 Disember 2020.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

BAHAGIAN V

PENGUBAHSUAIAN KEPADA ORDINAN HAD MASA SARAWAK

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Ordinan Had

Masa Sarawak

15.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020

dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa hingga 31 Disember 2020.

Tempoh had masa dilanjutkan

16.

Apa-apa tempoh had masa yang dinyatakan dalam perenggan 1 hingga 4, subperenggan 5(a), perenggan 8 hingga 29, perenggan 31 dan 32, perenggan 34 hingga 78, perenggan 82 hingga 94 dan perenggan 96, 98,

100, 106, 107, 111 dan 113 dalam Jadual kepada Ordinan Had Masa

Sarawak yang habis tempoh semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 hendaklah dilanjutkan hingga 31 Disember 2020.

BAHAGIAN VI

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA PERLINDUNGAN PIHAK

BERKUASA AWAM 1948

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada

Akta

Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

17.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020

dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa hingga 31 Disember 2020.

Tempoh had masa dalam seksyen 2 dilanjutkan

18.

Tempoh had masa yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) Akta

Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 yang habis tempoh semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 hendaklah dilanjutkan hingga 31 Disember 2020.

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

17

BAHAGIAN VII

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA INSOLVENSI 1967

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Akta Insolvensi 1967

19.

(1)

Bahagian ini mula berkuat kuasa pada tarikh penyiaran Akta ini dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa hingga 31 Ogos 2021.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melanjutkan kuat kuasa Bahagian ini, yang pelanjutannya tidak boleh melebihi tempoh kuat kuasa Akta ini yang diperuntukkan dalam subseksyen 1(2) atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan di bawah subseksyen 1(3), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Suatu perintah di bawah subseksyen (2)—

(a)

tidak boleh dibuat selepas habis tempoh kuat kuasa atau kuat kuasa yang dilanjutkan Bahagian ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

boleh dibuat lebih daripada sekali.

(4)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas penyiarannya dalam Warta.

Pengubahsuaian kepada amaun keterhutangan

20.

Semasa tempoh kuat kuasa Bahagian ini, pemiutang atau pemiutang-pemiutang tidak berhak untuk memfailkan suatu petisyen kebankrapan terhadap penghutang di bawah seksyen 2o atau 5 Akta

Insolvensi 1967, melainkan jika hutang yang terhutang oleh penghutang kepada pempetisyen pemiutang, atau jika dua atau lebih pemiutang bersesama dalam petisyen itu jumlah amaun hutang yang terhutang kepada beberapa pempetisyen pemiutang itu, terjumlah kepada satu ratus ribu ringgit.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

Kecualian

21.

Mana-mana prosiding, tindakan atau perkara lain yang dikehendaki supaya dilakukan di bawah Akta Insolvensi 1967 yang belum selesai sebaik sebelum tarikh penyiaran Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta Insolvensi 1967 seolah-olah Akta Insolvensi 1967 tidak diubah suai oleh Akta ini.

BAHAGIAN VIII

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA SEWA BELI 1967

Permulaan kuat kuasa pengubah suaian kepada Akta Sewa Beli 1967

22.

(1)

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 April 2020 dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa hingga 31 Disember 2020.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melanjutkan kuat kuasa Bahagian ini, yang pelanjutannya tidak boleh melebihi tempoh kuat kuasa Akta ini yang diperuntukkan dalam subseksyen 1(2) atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan di bawah subseksyen 1(3), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Suatu perintah di bawah subseksyen (2)—

(a)

tidak boleh dibuat selepas habis tempoh kuat kuasa atau kuat kuasa yang dilanjutkan Bahagian ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

boleh dibuat lebih daripada sekali.

(4)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas penyiarannya dalam Warta.

Mengambil milikan barangan yang terkandung dalam perjanjian sewa beli di bawah seksyen 16

23.

Tiada pemunya boleh menjalankan apa-apa kuasa untuk mengambil milikan barangan yang terkandung dalam suatu perjanjian sewa beli di bawah seksyen 16 Akta Sewa Beli 1967 bagi apa-apa

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

19

kemungkiran pembayaran ansuran semasa tempoh dari 1 April 2020

hingga 30 September 2020.

Kecualian

24.

Walau apa pun seksyen 23, mana-mana pemunya yang telah menjalankan kuasanya untuk mengambil milikan barangan yang terkandung dalam suatu perjanjian sewa beli di bawah seksyen 16 Akta

Sewa Beli 1967 sebelum tarikh penyiaran Akta ini, hendaklah disifatkan telah menjalankan dengan sah kuasa untuk mengambil milikan barangan itu seolah-olah Akta Sewa Beli 1967 tidak diubah suai oleh Akta ini.

BAHAGIAN IX

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Akta Perlindungan

Pengguna 1999

25.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa hingga 31 Disember 2020.

Pengubahsuaian kepada seksyen 24V

26.

(1)

Akta Perlindungan Pengguna 1999 diubah suai dengan menggantikan seksyen 24V dengan seksyen yang berikut:

“Kemungkiran pembayaran ansuran oleh pembeli

24V. (1)

Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran dua ansuran berturut-turut oleh pembeli di bawah suatu perjanjian jualan kredit, pemberi kemudahan kredit hendaklah mengeluarkan notis kepada pembeli mengenai penyelesaian ansuran lampau tempoh di bawah perjanjian itu.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

(2)

Apabila notis di bawah subseksyen (1) diterima, pembeli boleh dalam masa dua puluh satu hari memilih untuk—

(a)

membayar ansuran lampau tempoh itu kepada pemberi kemudahan kredit;

(b)

membuat penyelesaian awal bagi perjanjian jualan kredit itu dengan membayar jumlah amaun yang kena dibayar di bawah perjanjian itu kepada pemberi kemudahan kredit; atau

(c)

menamatkan perjanjian jualan kredit itu dan menyerahkan balik barangan yang dibeli kepada pemberi kemudahan kredit mengikut seksyen 24W.

(3)

Jika pembeli memilih untuk membuat penyelesaian awal di bawah perenggan (2)(b), pemberi kemudahan kredit hendaklah memberi rebat berkanun kepada pembeli itu.

(4)

Walau apa pun kegagalan pembeli membuat pemilihan di bawah subseksyen (2), pemberi kemudahan kredit tidak boleh memulakan apa-apa prosiding undang-undang untuk mendapatkan amaun keseluruhan yang belum dijelaskan yang kena dibayar oleh pembeli itu di bawah perjanjian jualan kredit.”.

(2)

Seksyen 24V sebagaimana yang diubah suai dalam subseksyen (1)

hendaklah hanya terpakai—

(a)

jika perjanjian jualan kredit itu telah dibuat sebelum 18 Mac 2020; dan

(b)

jika pembeli itu tiada ansuran lampau tempoh sebelum 18 Mac 2020.

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

21

Kecualian

27.

Pengubahsuaian berhubung dengan subseksyen 24V(4) Akta

Perlindungan Pengguna 1999 dalam subseksyen 26(1) tidak boleh menjejaskan apa-apa prosiding undang-undang yang dimulakan untuk mendapatkan, atau apa-apa penghakiman atau award yang diperoleh bagi, amaun yang belum dijelaskan yang kena dibayar oleh pembeli di bawah perjanjian jualan kredit semasa tempoh dari 18 Mac 2020

hingga tarikh penyiaran Akta ini.

Pengubahsuaian kepada seksyen 99

28.

Tempoh pengehadan yang dinyatakan dalam subseksyen 99(2)

Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang habis tempoh semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 15 Jun 2020 hendaklah dilanjutkan hingga 31 Disember 2020.

BAHAGIAN X

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA DISTRES 1951

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Akta Distres 1951

29.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020

dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa hingga 31 Disember 2020.

Pengubahsuaian kepada seksyen 5

30.

Bagi maksud mendapat kembali sewa yang kena dibayar atau harus dibayar kepada tuan tanah oleh seorang penyewa mana-mana premis, suatu waran distres yang dikeluarkan di bawah subseksyen 5(1)

Akta Distres 1951, tidak boleh termasuk tahanan harta untuk tunggakan sewa bagi tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Kecualian

31.

Apa-apa pelaksanaan waran distres bagi mendapat kembali sewa yang kena dibayar atau harus dibayar kepada tuan tanah oleh seorang

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

penyewa mana-mana premis yang telah dikeluarkan sebelum tarikh penyiaran Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta Distres 1951

seolah-olah Akta Distres 1951 tidak diubah suai oleh Akta ini.

BAHAGIAN XI

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN

(KAWALAN DAN PELESENAN) 1966

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Akta Pemajuan

Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966

32.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020.

Tafsiran

33.

Dalam Bahagian ini, “perjanjian” ertinya perjanjian bagi kontrak jualan bagi jual beli kediaman perumahan dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual G, H, I dan J Peraturan-Peraturan Pemajuan

Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 [P.U. (A) 58/1989] yang dibuat sebelum 18 Mac 2020.

Caj pembayaran lewat

34.

(1)

Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pembeli dengan pemaju, jika disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan

Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19 pembeli gagal untuk membayar apa-apa ansuran bagi tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020, pemaju tidak boleh mengenakan apa-apa caj pembayaran lewat berkenaan dengan ansuran yang tidak berbayar itu ke atas pembeli itu.

(2)

Pembeli boleh memohon kepada Menteri bagi suatu pelanjutan tempoh yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Apabila mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (2), Menteri boleh, jika Menteri berpuas hati bahawa pelanjutan tempoh dikehendaki oleh pembeli, melalui arahan bertulis kepada pemaju, melanjutkan tempoh yang pemaju tidak boleh

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

23

mengenakan apa-apa caj pembayaran lewat terhadap pembeli berkenaan dengan ansuran yang tidak berbayar itu sehingga 31 Disember 2020.

Penyerahan pemilikan kosong dan ganti rugi jumlah tertentu

35.

(1)

Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pembeli dengan pemaju, tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 hendaklah dikecualikan daripada pengiraan—

(a)

masa bagi penyerahan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan; dan

(b)

ganti rugi jumlah tertentu atas kegagalan pemaju untuk menyerahkan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan.

(2)

Pemaju boleh memohon kepada Menteri bagi suatu pelanjutan tempoh yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Apabila mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (2), Menteri boleh, jika Menteri berpuas hati bahawa masa tambahan dikehendaki oleh pemaju itu untuk menyerahkan pemilikan kosong, melalui arahan bertulis memberikan kepada pemaju itu suatu tempoh pelanjutan sehingga 31 Disember 2020 untuk menyerahkan pemilikan kosong dan pelanjutan itu hendaklah mempunyai kesan yang sama sebagaimana tempoh yang dikecualikan dalam subseksyen (1).

(4)

Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pembeli dengan pemaju, sekiranya pembeli itu tidak boleh mengambil pemilikan untuk menduduki suatu kediaman perumahan dari tarikh penyampaian suatu notis untuk mengambil pemilikan kosong daripada pemaju itu semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020

atau apa-apa tempoh pelanjutan yang diberikan di bawah subseksyen (3), pembeli itu tidak boleh disifatkan telah mengambil pemilikan kosong itu.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

Tempoh liabiliti kecacatan

36.

(1)

Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pembeli dengan pemaju, tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020

hendaklah dikecualikan daripada pengiraan—

(a)

tempoh liabiliti kecacatan selepas tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong kediaman perumahan; dan

(b)

masa bagi pemaju untuk menjalankan kerja-kerja membaiki dan menyempurnakan kecacatan, pengecilan dan kekurangan lain pada kediaman perumahan.

(2)

Pembeli boleh memohon kepada Menteri bagi suatu pelanjutan tempoh yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Apabila mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (2), Menteri boleh, jika Menteri berpuas hati bahawa masa tambahan dikehendaki oleh pembeli, melalui arahan bertulis, mengecualikan tempoh sehingga 31 Disember 2020 daripada pengiraan—

(a)

tempoh liabiliti kecacatan selepas tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong kediaman perumahan; dan

(b)

masa bagi pemaju untuk menjalankan kerja-kerja membaiki dan menyempurnakan kecacatan, pengecilan dan kekurangan lain pada kediaman perumahan.

Kecualian

37.

(1)

Pengubahsuaian dalam seksyen 34, 35 dan 36 tidak boleh menjejaskan apa-apa prosiding undang-undang yang dimulakan, atau apa-apa penghakiman atau award yang diperoleh, untuk mendapatkan caj pembayaran lewat yang kena dibayar oleh pembeli atau ganti rugi jumlah tertentu yang kena dibayar oleh pemaju atau apa-apa wang lain semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga tarikh penyiaran Akta ini.

(2)

Walau apa pun seksyen 34 dan 35, apa-apa caj pembayaran lewat yang telah dibayar oleh pembeli atau ganti rugi jumlah tertentu yang telah dibayar oleh pemaju sebelum tarikh penyiaran Akta ini

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

25

hendaklah disifatkan telah dibayar dengan sah di bawah Akta

Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan peraturan-peraturannya, dan pembayaran itu tidak boleh dibayar balik kepada pembayar.

Pengubahsuaian kepada seksyen 16N

38.

Walau apa pun subseksyen 16N(2) Akta Pemajuan Perumahan

(Kawalan dan Pelesenan) 1966, jika tempoh had masa bagi pembeli rumah untuk memfailkan suatu tuntutan telah habis tempoh semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020, pembeli rumah itu berhak untuk memfailkan tuntutan itu dari 4 Mei 2020 hingga 31 Disember 2020 dan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan itu.

BAHAGIAN XIA

PENGUBAHSUAIAN TAMBAHAN KEPADA AKTA PEMAJUAN

PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966

Tafsiran

38A. Dalam Bahagian ini—

(a)

“perjanjian” ertinya suatu perjanjian bagi kontrak jualan bagi jual beli kediaman perumahan dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual G, H, I dan J Peraturan-Peraturan

Pemajuan

Perumahan

(Kawalan dan

Pelesenan) 1989; dan

(b)

“perjanjian pertama” ertinya perjanjian yang pertama dibuat antara pembeli dengan pemaju bagi suatu kediaman perumahan berhubung dengan suatu pemajuan perumahan di bawah satu lesen pemaju perumahan dan satu permit iklan dan jualan.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

Caj pembayaran lewat

38B. (1)

Berhubung dengan suatu pemajuan perumahan, walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, jika disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, pembeli gagal untuk membayar apa-apa ansuran bagi tempoh dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021, pemaju tidak boleh mengenakan apa-apa caj pembayaran lewat berkenaan dengan ansuran yang tidak berbayar itu ke atas pembeli itu.

(2)

Subseksyen (1) hanya terpakai kepada pembeli dan pemaju suatu pemajuan perumahan yang perjanjian pertamanya telah dibuat sebelum 31 Mei 2021.

Penyerahan pemilikan kosong dan penyiapan kemudahan bersama

38C. (1)

Berhubung dengan suatu pemajuan perumahan, walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, pemaju boleh memohon kepada Menteri bagi mana-mana tempoh dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 dikecualikan daripada pengiraan masa bagi penyerahan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan atau penyiapan kemudahan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam pemajuan perumahan itu.

(2)

Apabila mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh mengecualikan mana-mana tempoh dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 daripada pengiraan masa bagi penyerahan pemilikan kosong suatu rumah kediaman atau penyiapan kemudahan bersama jika Menteri berpuas hati bahawa disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, pemaju itu tidak dapat menyerahkan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan atau menyiapkan kemudahan bersama mengikut perjanjian.

(3)

Menteri tidak boleh mempertimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) jika permohonan dibuat selepas habisnya

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

27

masa bagi penyerahan pemilikan kosong atau penyiapan kemudahan bersama yang dinyatakan di bawah perjanjian.

(4)

Subseksyen (1) hanya terpakai kepada pemaju suatu pemajuan perumahan yang perjanjian pertamanya telah dibuat sebelum 31 Mei 2021.

(5)

Bagi maksud pengiraan ganti rugi jumlah tertentu atas sebab kegagalan pemaju untuk menyerahkan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan atau menyiapkan kemudahan bersama, tempoh yang dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2) tidak boleh diambil kira.

Pengambilan pemilikan kosong

38D. Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, jika disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan

Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, pembeli tidak dapat mengambil pemilikan suatu kediaman perumahan dari tarikh penyampaian suatu notis untuk mengambil pemilikan kosong daripada pemaju semasa tempoh dari 1

Jun 2021 hingga 31 Oktober 2021 atau apa-apa tempoh pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen 38c(2), pembeli itu tidak boleh disifatkan telah mengambil pemilikan kosong itu.

Tempoh liabiliti kecacatan

38E. Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, berhubung dengan mana-mana pemajuan perumahan, tempoh dari 1 Jun 2021 hingga 31 Oktober 2021 hendaklah dikecualikan daripada pengiraan—

(a)

tempoh liabiliti kecacatan selepas tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong suatu kediaman perumahan;

(b)

tempoh liabiliti kecacatan selepas tarikh kemudahan bersama disiapkan; dan 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

(c)

masa bagi pemaju untuk menjalankan kerja-kerja membaiki dan menyempurnakan apa-apa kecacatan, pengecilan dan kekurangan lain pada suatu kediaman perumahan dan kemudahan bersama.

Kecualian

38F. (1)

Apa-apa pengecualian atau pelanjutan yang diberikan di bawah seksyen 38B, 38C, 38D dan 38E tidak boleh menjejaskan apa-apa pengecualian atau pelanjutan yang telah diberikan di bawah seksyen 34, 35 dan 36.

(2)

Pengubahsuaian dalam seksyen 38B, 38C, 38D dan 38E tidak boleh menjejaskan apa-apa prosiding undang-undang yang dimulakan, atau apa-apa penghakiman atau award yang diperoleh, untuk mendapatkan caj pembayaran lewat yang kena dibayar oleh pembeli atau ganti rugi jumlah tertentu yang kena dibayar oleh pemaju atau apa-apa wang lain semasa tempoh dari 24 Oktober 2020 hingga tarikh sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini.

(3)

Walau apa pun seksyen 38B dan 38C, apa-apa caj pembayaran lewat yang telah dibayar oleh pembeli atau ganti rugi jumlah tertentu yang telah dibayar oleh pemaju sebaik sebelum permulaan kuat kuasa

Bahagian ini hendaklah disifatkan telah dibayar dengan sah di bawah

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan peraturan-peraturannya, dan pembayaran itu tidak boleh dibayar balik kepada pembayar.

BAHAGIAN XII

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada

Akta

Perhubungan Perusahaan 1967

39. (1)

Bahagian ini, kecuali seksyen 40A dan 40B, disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020.

(2)

Seksyen 40A disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2021.

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

29

(3)

Seksyen 40B disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 10 Jun 2020.

Tempoh bagi pemberian pengiktirafan, membuat laporan dan pemfailan representasi

40.

Tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020 hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh di bawah Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 bagi pemberian pengiktirafan atau pemberitahuan secara bertulis kepada kesatuan sekerja pekerja alasan-alasan untuk tidak memberi pengiktirafan yang berkenaan di bawah subseksyen 9(3), membuat suatu laporan secara bertulis kepada Ketua Pengarah

Perhubungan Perusahaan di bawah subseksyen 9(4) dan pemfailan representasi di bawah subseksyen 20(1A).

Tempoh bagi pemberian pengiktirafan, pembuatan laporan dan pemfailan representasi dari 1 Jun 2021 hingga 31 Disember 2021

40A. Tempoh dari 1 Jun 2021 hingga 31 Disember 2021 hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh di bawah Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 bagi pemberian pengiktirafan atau pemberitahuan secara bertulis kepada kesatuan sekerja pekerja yang berkenaan alasan-alasan untuk tidak memberi pengiktirafan di bawah subseksyen 9(3), pembuatan suatu laporan secara bertulis kepada Ketua Pengarah

Perhubungan Perusahaan di bawah subseksyen 9(4) dan pemfailan representasi di bawah subseksyen 20(1A).

Tempoh bagi pemberian pengiktirafan, pembuatan laporan dan pemfailan representasi bagi majikan, kesatuan sekerja majikan, dsb., yang berada di tempat yang tertakluk pada perintah kawalan pergerakan diperketat

40B. (1)

Tempoh yang mana-mana majikan, kesatuan sekerja majikan, kesatuan sekerja pekerja atau pekerja berada di tempat yang tertakluk pada perintah kawalan diperketat hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi pemberian pengiktirafan atau pemberitahuan secara bertulis kepada kesatuan sekerja pekerja yang berkenaan alasan-alasan untuk tidak memberi pengiktirafan di bawah subseksyen 9(3), pembuatan

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

suatu laporan secara bertulis kepada Ketua Pengarah Perhubungan

Perusahaan di bawah subseksyen 9(4) dan pemfailan representasi di bawah subseksyen 20(1A).

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat” merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3) Akta Pencegahan dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit 1988.

BAHAGIAN XIII

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA AGENSI PEKERJAAN SWASTA 1981

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Akta Agensi

Pekerjaan Swasta 1981

41.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020.

Tempoh bagi pembaharuan lesen, pembayaran fi lesen dan pendepositan wang jaminan di bawah seksyen 11

42.

Tempoh dari 18 Mac 2020 sehingga habis tempoh kuat kuasa atau apa-apa tarikh kuat kuasa yang dilanjutkan Akta ini, tetapi tidak melebihi 31 Disember 2022, hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh—

(a)

bagi mengemukakan suatu permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen 11(1) Akta

Agensi Pekerjaan Swasta 1981; dan

(b)

bagi membuat pembayaran fi lesen dan mendepositkan wang jaminan di bawah subseksyen 11(3) Akta Agensi

Pekerjaan Swasta 1981.

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

31

BAHAGIAN XIIIA

PENGUBAHSUAIAN KEPADA ORDINAN BURUH SABAH

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Ordinan Buruh Sabah

42A. Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2021.

Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 7A(3)

42B. Tempoh dari 1 Jun 2021 sehingga habis tempoh kuat kuasa atau apa-apa tarikh kuat kuasa yang dilanjutkan Akta ini, tetapi tidak melebihi 31 Disember 2022, hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 7A(3) Ordinan Buruh Sabah.

Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 7A(3) bagi pekerja yang berada di tempat yang tertakluk pada perintah kawalan pergerakan diperketat

42C. (1)

Tempoh yang mana-mana pekerja berada di suatu tempat yang tertakluk pada perintah kawalan diperketat hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada

Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 7A(3) Ordinan Buruh

Sabah.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat” merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3) Akta Pencegahan dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit 1988.

BAHAGIAN XIIIB

PENGUBAHSUAIAN KEPADA ORDINAN BURUH SARAWAK

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Ordinan Buruh

Sarawak

42D. Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 29 Mei 2021.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 8A(3)

42E. Tempoh dari 29 Mei 2021 hingga 31 Oktober 2021 hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada

Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 8A(3) Ordinan Buruh

Sarawak.

Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 8A(3) bagi pekerja yang berada di tempat yang tertakluk pada perintah kawalan pergerakan diperketat

42F. (1)

Tempoh yang mana-mana pekerja berada di tempat yang tertakluk pada perintah kawalan diperketat hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada Pengarah

Tenaga Kerja di bawah subseksyen 8A(3) Ordinan Buruh Sarawak.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat” merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3) Akta Pencegahan dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit 1988.

BAHAGIAN XIV

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada

Akta

Pengangkutan Awam Darat 2010

43.

(1)

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2020 dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa hingga 31 Disember 2021.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melanjutkan kuat kuasa Bahagian ini, yang pelanjutannya tidak boleh melebihi tempoh kuat kuasa Akta ini yang diperuntukkan dalam subseksyen 1(2) atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan di bawah subseksyen 1(3), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Suatu perintah di bawah subseksyen (2)—

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

33

(a)

tidak boleh dibuat selepas habis tempoh kuat kuasa atau kuat kuasa yang dilanjutkan Bahagian ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

boleh dibuat lebih daripada sekali.

(4)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas penyiarannya dalam Warta.

Pengubahsuaian kepada seksyen 21

44.

Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 diubah suai dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen yang berikut:

“Perubahan sementara penggunaan kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan

21.

(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), Ketua

Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh seseorang pengendali berlesen bagi suatu kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan, membenarkan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan untuk pengendali berlesen itu menggunakan kenderaan itu bagi maksud kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kenderaan barangan daripada mana-mana kelas lain.

(2)

Permohonan yang dibuat di bawah subseksyen

(1)

hendaklah disertai dengan yang berikut:

(a)

maklumat mengenai apa-apa perubahan spesifikasi teknikal kenderaan itu, maklumat mengenai penggunaan sementara kenderaan itu dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat; dan

(b)

perlindungan insurans tambahan bagi kenderaan itu.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

(3)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1).”.

Pengubahsuaian kepada seksyen 56

45.

Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 diubah suai dengan menggantikan seksyen 56 dengan seksyen yang berikut:

“Perubahan sementara penggunaan kenderaan barangan

56.

(1)

Tertakluk pada subseksyen (2) dan (4),

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, atas suatu permohonan oleh seseorang pengendali berlesen bagi kenderaan barangan, membenarkan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan untuk pengendali berlesen bagi kelas kenderaan barangan yang tertentu itu menggunakan kenderaan itu bagi maksud kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kenderaan barangan daripada mana-mana kelas lain.

(2)

Permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah disertai dengan yang berikut:

(a)

maklumat mengenai apa-apa perubahan spesifikasi teknikal kenderaan itu, maklumat mengenai penggunaan sementara kenderaan itu dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat; dan

(b)

perlindungan insurans tambahan bagi kenderaan itu.

(3)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1).

(4)

Apa-apa kenderaan barangan yang dibenarkan untuk digunakan bagi maksud kenderaan pelancongan hendaklah dikendalikan oleh pengendali pelancongan berlesen di bawah

Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].”.

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

35

BAHAGIAN XV

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA LEMBAGA PELESENAN

KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Akta Lembaga

Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

46.

(1)

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2020

dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa hingga 31 Disember 2021.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melanjutkan kuat kuasa Bahagian ini, yang pelanjutannya tidak boleh melebihi tempoh kuat kuasa Akta ini yang diperuntukkan dalam subseksyen 1(2) atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan di bawah subseksyen 1(3), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Suatu perintah di bawah subseksyen (2)—

(a)

tidak boleh dibuat selepas habis tempoh kuat kuasa atau kuat kuasa yang dilanjutkan Bahagian ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

boleh dibuat lebih daripada sekali.

(4)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas penyiarannya dalam Warta.

Pengubahsuaian kepada seksyen 23

47.

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 diubah suai dengan menggantikan seksyen 23 dengan seksyen yang berikut:

“Pertukaran sementara penggunaan kenderaan perkhidmatan awam

23.

(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), Lembaga boleh, atas suatu permohonan oleh mana-mana pemegang lesen kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas tertentu, membenarkan bagi suatu tempoh yang

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

tidak melebihi dua belas bulan untuk pemegang lesen kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas tertentu itu menggunakan kenderaan itu bagi maksud kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan daripada mana-mana kelas lain.

(2)

Permohonan yang dibuat di bawah subseksyen

(1)

hendaklah disertai dengan yang berikut:

(a)

maklumat mengenai apa-apa perubahan spesifikasi teknikal kenderaan itu, maklumat mengenai penggunaan sementara kenderaan itu dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan

(b)

perlindungan insurans tambahan bagi kenderaan itu.

(3)

Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1).”.

Pengubahsuaian kepada seksyen 24

48.

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 diubah suai dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:

“Pertukaran sementara penggunaan kenderaan ‘C’

atau kenderaan ‘A’

24.

(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), Lembaga boleh, atas suatu permohonan oleh pemegang suatu lesen pembawa kenderaan

‘C’

atau kenderaan

‘A’, membenarkan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan untuk pemegang lesen pembawa kenderaan ‘C’ atau kenderaan ‘A’ itu menggunakan kenderaan itu bagi maksud kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan daripada mana-mana kelas lain.

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

37

(2)

Permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah disertai dengan yang berikut:

(a)

maklumat mengenai apa-apa perubahan spesifikasi teknikal kenderaan itu, maklumat mengenai penggunaan sementara kenderaan dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan

(b)

perlindungan insurans tambahan bagi kenderaan itu.

(3)

Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1).”.

BAHAGIAN XVI

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Akta Mahkamah

Kehakiman 1964

49.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020

dan hendaklah terus berkuat kuasa hingga tarikh penyiaran Akta ini dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun dari tarikh penyiaran itu.

Seksyen baharu 16A

50.

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 diubah suai dengan memasukkan selepas seksyen 16 seksyen yang berikut:

“Kuasa am Ketua Hakim Negara untuk mengeluarkan arahan

16A. Ketua Hakim Negara boleh, jika Ketua Hakim

Negara berpendapat bahawa hal keadaan mewajarkan dan adalah perlu demi kepentingan pelaksanaan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam, kesihatan atau kesusilaan awam atau bagi sebab lain yang mencukupi untuk berbuat demikian, mengeluarkan apa-apa arahan

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

yang berhubungan dengan urusan

Mahkamah sebagaimana yang perlu.”.

Pengubahsuaian kepada seksyen 17

51.

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 diubah suai dalam seksyen 17—

(a)

dengan menomborkan semula subseksyen (3A) yang sedia ada sebagai subseksyen (3B);

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3A) Ketua Hakim Negara boleh, jika Ketua

Hakim

Negara berpendapat bahawa apa-apa mesyuarat tidak mungkin boleh dipanggil, diadakan atau dikendalikan, mengadakan perkiraan alternatif bagi mesyuarat itu.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (7) subseksyen yang berikut:

“(8) Ketua Hakim Negara boleh, jika Ketua Hakim

Negara berpendapat bahawa hal keadaan mewajarkan dan adalah perlu demi kepentingan pelaksanaan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam, kesihatan atau kesusilaan awam atau bagi sebab lain yang mencukupi untuk berbuat demikian, mengubah suai mana-mana peruntukan kaedah-kaedah mahkamah atau menggantung pemakaian kaedah-kaedah mahkamah itu sebagaimana yang perlu untuk melakukan keadilan sepenuhnya dalam mana-mana kausa atau perkara yang belum selesai di hadapan

Mahkamah dan untuk memastikan bahawa pentadbiran keadilan dilaksanakan.”.

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

39

Pengubahsuaian kepada seksyen 17A

52.

Subseksyen 17A(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 diubah suai dengan memotong perkataan “tetapi supaya ada sekurang-kurangnya satu mesyuarat pada setiap tahun”.

BAHAGIAN XVII

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA MAHKAMAH RENDAH 1948

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Akta Mahkamah

Rendah 1948

53.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020

dan hendaklah terus berkuat kuasa hingga tarikh penyiaran Akta ini dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun dari tarikh penyiaran itu.

Seksyen baharu 3A

54.

Akta Mahkamah Rendah 1948 diubah suai dengan memasukkan selepas seksyen 3 seksyen yang berikut:

“Kuasa am Ketua Hakim Negara untuk mengeluarkan arahan

3A.

Ketua Hakim Negara boleh, jika Ketua Hakim

Negara berpendapat bahawa hal keadaan mewajarkan dan adalah perlu demi kepentingan pelaksanaan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam, kesihatan atau kesusilaan awam atau bagi sebab lain yang mencukupi untuk berbuat demikian, mengeluarkan apa-apa arahan yang berhubungan dengan urusan Mahkamah Rendah sebagaimana yang perlu.”.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

BAHAGIAN XVIII

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA KAEDAH-KAEDAH

MAHKAMAH RENDAH 1955

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955

55.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020

dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga tarikh penyiaran Akta ini dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun dari tarikh penyiaran itu.

Pengubahsuaian kepada seksyen 3

56.

Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955 dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen 3(6) subseksyen yang berikut:

“(7) Ketua Hakim Negara boleh, jika Ketua Hakim

Negara berpendapat bahawa hal keadaan mewajarkan dan adalah perlu demi kepentingan pelaksanaan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam, kesihatan atau kesusilaan awam atau bagi sebab lain yang mencukupi untuk berbuat demikian, mengubah suai mana-mana peruntukan kaedah-kaedah mahkamah atau menggantung pemakaian kaedah-kaedah mahkamah itu sebagaimana yang perlu untuk melakukan keadilan sepenuhnya dalam apa-apa kausa atau perkara yang belum selesai di hadapan Mahkamah dan untuk memastikan bahawa pentadbiran keadilan dilaksanakan.”.

BAHAGIAN XIX

PELBAGAI

Permulaan kuat kuasa Bahagian ini

57.

Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020.

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

41

Pelanjutan masa untuk melaksanakan kewajipan atau obligasi statutori

58.

(1)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi mana-mana Akta boleh, jika Menteri itu berpendapat bahawa mana-mana kewajipan atau obligasi statutori tidak mungkin untuk dilaksanakan dalam masa yang dinyatakan dalam Akta itu oleh mana-mana pihak berkuasa semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020

disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melanjutkan masa bagi pihak berkuasa itu untuk melaksanakan kewajipan atau obligasi statutorinya.

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dibuat untuk berkuat kuasa secara ke belakang ke mana-mana tarikh yang tidak lebih awal dari 18 Mac 2020.

(3)

Tiada pihak berkuasa boleh bertanggungan bagi apa-apa ganti rugi berkenaan dengan apa-apa kegagalan untuk melaksanakan apa-apa kewajipan atau obligasi statutori dalam masa yang dinyatakan dalam Akta itu.

Perkiraan alternatif bagi mesyuarat statutori

59.

(1)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi mana-mana Akta boleh, jika Menteri itu berpendapat bahawa mana-mana mesyuarat statutori tidak mungkin untuk dipanggil, diadakan atau dikendalikan mengikut cara yang diperuntukkan dalam

Akta itu semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2021

disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengadakan peruntukan bagi perkiraan alternatif untuk mesyuarat itu.

(2)

Mana-mana mesyuarat statutori yang dipanggil, diadakan atau dikendalikan tidak mengikut cara yang diperuntukkan dalam mana-mana Akta yang mengawal selia mesyuarat statutori itu pada dan selepas 18 Mac 2020 dan sebelum pembuatan perintah di bawah

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 829

subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipanggil, diadakan atau dikendalikan dengan sah.

43

Akta 829

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1641

Akta Langkah-Langkah Sementara bagi

Mengurangkan

Kesan

Penyakit

Koronavirus 2019

(COVID-19)

(Pindaan) 2022

14-01-2022

44

Akta 829

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A1641 14-01-2022

9

Akta A1641 14-01-2022

38A

Akta A1641 14-01-2022

38B

Akta A1641 14-01-2022

38C

Akta A1641 14-01-2022

38D

Akta A1641 14-01-2022

38E

Akta A1641 14-01-2022

38F

Akta A1641 14-01-2022

39

Akta A1641 14-01-2022

40A

Akta A1641 14-01-2022

40B

Akta A1641 14-01-2022

42

Akta A1641 14-01-2022

42A

Akta A1641 14-01-2022

42B

Akta A1641 14-01-2022

42C

Akta A1641 14-01-2022

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

45

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

42D

Akta A1641 14-01-2022

42E

Akta A1641 14-01-2022

42F

Akta A1641 14-01-2022

59

Akta A1641 14-01-2022

Common questions

What is TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) ACT 2020?
*AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) 2020 is Malaysia Act, cited as Act 829 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Is TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) ACT 2020 still in force?
Yes — TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) ACT 2020 is currently in force.
When did TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) ACT 2020 take effect?
TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) ACT 2020 was first recorded in 2019.
How many sections does TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) ACT 2020 have?
TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) ACT 2020 contains 10 sections.
What amends TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) ACT 2020?
TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) ACT 2020 has been amended by AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) (PINDAAN) 2022.
Where can I read the official version of TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) ACT 2020?
The official text of TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) ACT 2020 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) 2020 (No. 829)