Seksyen 9
Pengantaraan
of Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020
Apa-apa pertikaian berkenaan dengan apa-apa ketidakupayaan mana-mana pihak atau pihak-pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul daripada apa-apa kontrak yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya
COVID-19
bolehlah diselesaikan dengan cara pengantaraan.
(2)
Menteri boleh menentukan proses pengantaraan yang termasuklah pelantikan pengantara, peranan pengantara, penjalanan pengantaraan dan pengakhiran pengantaraan.
(3)
Apabila pengantaraan berakhir dan pihak-pihak mencapai persetujuan berkenaan dengan sesuatu pertikaian, pihak-pihak itu hendaklah membuat suatu perjanjian penyelesaian yang hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak-pihak itu.
(4)
Pengantara hendaklah mengesahkan perjanjian penyelesaian itu dan memberikan suatu salinan perjanjian itu kepada pihak-pihak.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 829
(5)
Perjanjian penyelesaian itu hendaklah mengikat pihak-pihak.