Skip to content

Section 24

Penyampaian dan penyerahan

of Electronic Government Activities Act 2007

ActIn forceProvision 24 of 36
Section 24
(1)

Jika mana-mana undang-undang menghendaki mana-mana dokumen disampaikan, dihantar atau diserahkan, kehendak undang-undang itu dipenuhi dengan penyampaian, penghantaran atau penyerahan dokumen itu melalui suatu cara elektronik jika terdapatnya suatu sistem memproses maklumat—

(a)

untuk mengenal pasti asal usul, destinasi, masa dan tarikh penyampaian, penghantaran atau penyerahan; dan

(b)

bagi pengakuterimaan, dokumen itu.

(2)

Seksyen ini tidak terpakai bagi—

(a)

apa-apa notis kemungkiran, notis tuntutan, notis tunjuk sebab, notis pemilikan semula atau apa-apa notis yang seumpama yang dikehendaki untuk disampaikan sebelum memulakan suatu prosiding undang-undang; dan

(b)

mana-mana proses pemulaan, pliding, afidavit atau dokumen lain yang dikehendaki disampaikan menurut suatu prosiding undang-undang.

Aktiviti Kerajaan Elektronik 15