Seksyen 243A
of Undang-Undang Kecil Bangunan (Terengganu) (Pindaan) 2013
State Subsidiary LegislationIn forceProvision 119 of 128
Seksyen 243A
(1)
Apabila berlaku kerosakan pada kuasa sesalur, semua lif hendaklah kembali terus mengikut rentetannya ke lantai tentuan, bermula dengan lif bomba, tanpa menyahut apa-apa panggilan kereta atau pelantar dan berhenti dengan pintu terbuka.
(2)
Selepas semua lif berhenti, lif yang menggunakan kuasa kecemasan hendaklah menyambung semula perjalanan biasa;
dengan syarat bahawa jika kuasa kecemasan yang mencukupi boleh didapati untuk perjalanan semua lif, cara gerakan ini tidak perlu dipakai.”.
Pemotongan undang-undang kecil 244