Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Kemaman) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 2 of 49
Seksyen 2

Dalam Undang-Undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–

“efluen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974 [Akta 127];

“efluen perindustrian” ertinya sisa cecair atau air sisa yang terhasil oleh sebab atau semasa proses pengeluaran yang berlaku di mana-mana premis perindustrian;

“kacau ganggu” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Kerajaan Tempatan 1976;

“kiosk” bagi maksud Undang-Undang Kecil ini bererti apa-apa struktur di dalam bangunan atau pusat membeli belah;

19hb Dis. 2013]

1739

“kumbahan” ertinya apa-apa lepasan cecair yang mengandungi kumuhan manusia, haiwan atau bahan tumbuh-tumbuhan dalam bentuk terampai atau larutan yang diperolehi daripada aktiviti domestik dan terhasil dari premis komersial, institusi dan industri termasuk lepasan cecair dari tandas, besen singki, bilik air dan apa-apa perkakas kebersihan lain tetapi tidak termasuk air hujan dan efluen perindustrian;

“lesen” ertinya apa–apa lesen yang dikeluarkan di bawah Undang–Undang

Kecil ini ke atas mana–mana tempat atau premis yang menjalankan apa–apa bentuk tred, perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan atau yang boleh menjadi punca kacau ganggu kepada orang awam atau sesuatu kelas orang awam seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

“luas lantai” ertinya jumlah luas ruang lantai yang diluluskan oleh Pihak

Berkuasa Melesen bagi tujuan menjalankan apa-apa aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian di bawah Undang-Undang Kecil ini;

“Majlis” ertinya Majlis Perbandaran Kemaman;

“pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya dikeluarkan lesen di bawah

Undang–Undang Kecil ini;

“perindustrian” ertinya apa–apa aktiviti perindustrian yang dinyatakan dalam

Jadual Kedua;

“perniagaan” ertinya apa–apa aktiviti perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual

Kedua;

“Pihak Berkuasa Melesen” ertinya Majlis Perbandaran Kemaman;

“premis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta133];

“premis berlesen” ertinya mana-mana premis yang menjalankan apa-apa aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian yang telah dilesenkan oleh Pihak Berkuasa

Melesen di bawah Undang-Undang Kecil ini;

“pusat siber” ertinya premis berlesen yang menyediakan kemudahan komputer untuk melayari internet atau multimedia;

“tred” ertinya apa–apa aktiviti tred yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; dan

“Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.

1740

[19hb Dis. 2013