Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 · As enacted · Part VI · Bahagian VI
Section 18
Feedback & supportPerbadanan hendaklah mempunyai suatu meteri dan meteri itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu mengikut sebagaimana yang difikirkannya patut :
Dengan syarat bahawa sehingga suatu meteri diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap mengandungi perkataan "Perbadanan Kemajuan Pelancungan Malaysia" boleh digunakan sebagai suatu meteri.
Segala suratikatan, dokumen, dan lain-lain suratcara yang memerlukan meteri Perbadanan hendaklah dimeterikan dengan sewajarnya di hadapan dua orang ahli Lembaga yang akan menandatangani tiap-tiap suratikatan, dokumen atau suratcara yang dimeteri itu; dan tandatangan itu hendaklah, tanpa diakusaksi selanjutnya, menjadi keterangan yang cukup bahawa meteri itu telah dicapkan dengan sempurna dan sewajarnya dan bahawa meteri itu adalah meteri Perbadanan yang sah.