/akn/my/act/act/1961/383

PUBLIC AUTHORITIES (CONTROL OF BORROWING POWERS) ACT 1961

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1961
Sections
8
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

PUBLIC AUTHORITIES (CONTROL OF BORROWING POWERS) ACT 1961 is Malaysia Act, cited as Act 383 1961, currently marked in force and first recorded in 1961.

Schedule

Suggest a correction

JADUAL

5

Akta 383

Suatu Akta untuk mengawal selia kuasa meminjam dan jaminan pihak berkuasa awam.

[14 Januari 1961]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam

Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan pemakaian

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pihak-Pihak Berkuasa

Awam (Kawalan Kuasa-Kuasa Meminjam) 1961.

(2)

Akta ini terpakai hanya bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Perbendaharaan” ertinya Menteri Kewangan dan termasuklah mana-mana pegawai di bawah kawalan pentadbiran atau arahan

Menteri Kewangan yang kepadanya Menteri telah mewakilkan, atau yang, mengikut seksyen 6 atau 7 Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358], diberi kuasa untuk menjalankan, kuasa di bawah

Akta ini;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 383

“pihak berkuasa awam” ertinya mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkuasa berkanun, yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri, yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini, dan mana-mana pegawai atau pihak berkuasa yang dilantik oleh atau yang bertindak bagi pihak mana-mana pihak berkuasa itu.

Sekatan ke atas peminjam

3. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada pihak berkuasa awam boleh meminjam wang, atau membuat apa-apa jaminan yang melibatkan liabiliti kewangan, kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan; dan semasa memberi kebenaran itu

Perbendaharaan boleh, dalam hal pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh mana-mana undang-undang Negeri dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua

Negeri bagi Negeri itu, mengenakan apa-apa terma dan syarat di bawahnya sebagaimana yang difikirkannya patut.

Kontrak, dsb., yang melanggar seksyen 3 adalah terbatal

4. Apa-apa kontrak, jaminan atau aku janji yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang melanggar seksyen 3 adalah terbatal, dan tiada tindakan boleh dibawa oleh mana-mana orang di bawahnya, kecuali berhubungan dengan pengembalian wang atau balasan lain, jika ada, yang dibayar di bawahnya.

Pindaan Jadual

5. Yang di-Pertuan Agong boleh, dalam hal pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya di bawah mana-mana undang-undang Negeri setelah berunding dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta menambah kepada, memotong atau meminda Jadual kepada Akta ini.

Akta Pihak-Pihak Berkuasa Awam (Kawalan 7

Kuasa-Kuasa Meminjam)

Schedule

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 2 dan 5]

1. Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

*2.

Majlis Perbandaran Melaka (Bandaraya Bersejarah).

**3.

Majlis Perbandaran Kota Setar.

4. Majlis Daerah Kuala Muda.

5. Majlis Perbandaran Kelang.

6. Majlis Perbandaran Seberang Perai.

7. Datuk Bandar Bandaraya Kuala Lumpur.

*CATATAN—Majlis Perbandaran Melaka (Bandaraya Bersejarah) sekarang ini dikenali sebagai Majlis

Bandaraya Melaka Bersejarah—lihat Enakmen Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2003 [Enakmen

Melaka No. 2 tahun 2003].

**CATATAN—Majlis Perbandaran Kota Setar sekarang ini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Alor

Setar—lihat Pemberitahuan di bawah Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [K. P.U. 9/2003].

8

Akta 383

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. 98/1962

P.U. 329/1963

Perintah Pihak-Pihak Berkuasa Awam 1962

Perintah Pihak-Pihak Berkuasa Awam 1963

29-03-1962

12-12-1963

9

Akta 383

SENARAI SEKSYEN DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Schedule

Suggest a correction

Jadual

P.U. 98/1962

P.U. 329/1963

29-03-1962

12-12-1963

Common questions

What is AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961?
PUBLIC AUTHORITIES (CONTROL OF BORROWING POWERS) ACT 1961 is Malaysia Act, cited as Act 383 1961, currently marked in force and first recorded in 1961.
Is AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961 still in force?
Yes — AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961 is currently in force.
When did AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961 take effect?
AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961 was first recorded in 1961.
How many sections does AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961 have?
AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961 contains 5 sections.
AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961 (No. 383)