Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2014/A1464
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PINDAAN) 2014 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1464 2014, currently marked in force and first recorded in 2014.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam takrif “pegawai yang diberi kuasa” dengan memasukkan selepas perkataan “pegawai awam” perkataan “atau pegawai pihak berkuasa tempatan”.
UNDANG-UNDANG malaysia
Akta A1464
akta kawalan harga dan antipencatutan
(Pindaan) 2014
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1464
Pindaan seksyen 3
Seksyen 3 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:
“(6) Menteri boleh memberi kuasa mana-mana pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan semua atau mana-mana kuasa di bawah Akta ini.”.
Seksyen baru 10a
seksyen yang berikut:
“Harga atau caj yang dikenakan tidak boleh termasuk butiran tertentu 10a. (1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan tidak boleh memasukkan butiran yang dinyatakan dalam Jadual sebagai sebahagian daripada harga bagi barangan atau caj bagi perkhidmatan itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.
Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan)
5
Pindaan seksyen 15
Seksyen 15 Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah yang disebut dalam subseksyen (1) adalah termasuk Menteri menentukan suatu tempoh tertentu yang tidak boleh ada kenaikan margin keuntungan bersih bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan.”; dan
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba) apa-apa kos yang ditanggung dalam penjalanan atau penerusan perniagaan;”.
Seksyen baru 53a
Bahagian VIII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 54 seksyen yang berikut:
“Kewajipan untuk menyimpan rekod 53a. (1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod yang wajar yang berhubungan dengan kendalian perniagaan termasuk rekod yang berikut:
rekod perbelanjaan termasuk rekod pembayaran, invois dan butiran mengenai perolehan;
dokumen yang berhubungan dengan penentuan harga bagi barangan atau perkhidmatan itu;
rekod cukai dan apa-apa dokumen yang berkaitan, jika ada.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1464
Rekod di bawah subseksyen (1) hendaklah—
dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu;
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan.”.
Seksyen baru 60a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 60
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk meminda Jadual 60a. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, meminda Jadual.”.
Jadual baru
Jadual yang berikut:
“Jadual
[Subseksyen 10a(1)]
BUTIRAN YANG TIDAK BOLEH DIMASUKKAN DALAM HARGA DAN CAJ
Quoted provision
Apa-apa kredit bagi cukai input terhadap cukai output di bawah seksyen 38
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762].
Quoted provision
Apa-apa pembayaran balik khas cukai jualan di bawah seksyen 190 Akta
Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.”.