Contents
Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014 · As enacted
5. Pindaan seksyen 15
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 15 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah yang disebut dalam subseksyen (1) adalah termasuk Menteri menentukan suatu tempoh tertentu yang tidak boleh ada kenaikan margin keuntungan bersih bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan.”; dan
(b)
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba) apa-apa kos yang ditanggung dalam penjalanan atau penerusan perniagaan;”.
Bahagian VIII