Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014 · As enacted
4. Seksyen baru 10a
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10
seksyen yang berikut:
“Harga atau caj yang dikenakan tidak boleh termasuk butiran tertentu 10a. (1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan tidak boleh memasukkan butiran yang dinyatakan dalam Jadual sebagai sebahagian daripada harga bagi barangan atau caj bagi perkhidmatan itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.
Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan)
Bahagian VIII