/akn/my/act/amendment_act/2017/A1523

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Amendment Act
Status
In force
Enacted
2017
Sections
5
Languages
MS · EN

Quick answer

About this amendment act

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1523 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah

Open as pageSuggest a correction

Persekutuan) 1993 [Akta 505], yang disebut “Akta ibu” dalam

Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 57 seksyen yang berikut:

“Tindakan bersaling 57a.  (1)  Jika Mahkamah Syariah di dalam mana-mana Negeri di Malaysia mengeluarkan waran atau saman, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1523

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1523

undang-undang Negeri itu untuk dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada mana-mana orang yang berada atau dipercayai berada di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, mana-mana Hakim Syarie boleh mengendors waran atau saman itu dengan menandatanganinya dan waran atau saman itu boleh dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu seolah-olah waran atau saman itu telah dikeluarkan oleh

Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan mengikut peruntukan Akta ini.

(2)

Jika Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah

Persekutuan mengeluarkan waran yang memberikan kuasa untuk menangkap mana-mana orang atau saman yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di suatu Mahkamah Syariah, dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia dan waran atau saman itu dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu mengikut mana-mana undang-undang Negeri itu, waran atau saman itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sewajarnya seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Suggest a correction

(3)

Jika Mahkamah Syariah di dalam mana-mana Negeri di Malaysia membuat suatu perintah atau penghakiman di bawah mana-mana undang-undang Negeri itu terhadap seseorang dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, Hakim Syarie, jika dia berpuas hati bahawa perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sewajarnya oleh suatu Mahkamah Syariah yang berwibawa di dalam mana-mana Negeri di Malaysia, boleh mengendors perintah atau penghakiman itu dan perintah atau penghakiman itu bolehlah dilaksanakan atau disampaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah

Persekutuan mengikut peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Jika Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah

Persekutuan membuat suatu perintah atau penghakiman terhadap mana-mana orang atau suatu perintah yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di suatu Mahkamah Syariah dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia dan perintah atau penghakiman itu dilaksanakan

Pentadbiran Undang-Undang Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan)

5

terhadap atau disampaikan kepada orang itu mengikut mana-mana undang-undang Negeri itu, perintah atau penghakiman itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sewajarnya seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.”.

Pindaan Bahagian V

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Bahagian V Akta ibu dipinda dalam tajuk dengan memasukkan selepas perkataan “PENDAKWAAN” perkataan

“, PENGUATKUASAAN”.

Seksyen 4

Pindaan seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“sendiri” dengan perkataan “kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa

Syarie sendiri”;

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie menurut subseksyen (3) hendaklah dijalankan oleh

Ketua Pendakwa Syarie sendiri.”; dan

Suggest a correction

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Pegawai Penguat Kuasa Agama hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua

Pegawai Penguat Kuasa Agama dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pegawai

Penguat Kuasa Agama kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pegawai

Penguat Kuasa Agama sendiri.”.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1523

Kecualian dan peralihan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa waran yang memberikan kuasa untuk menangkap mana-mana orang atau saman yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di suatu Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dikeluarkan oleh suatu Mahkamah

Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang menunggu untuk dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa perintah atau penghakiman yang dibuat oleh suatu

Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang menunggu untuk dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada mana-mana orang yang berada atau dipercayai berada di dalam

Negeri lain di Malaysia mengikut mana-mana undang-undang

Negeri itu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa notis atau permohonan yang diberikan atau dibuat oleh Pendakwa Syarie menurut kuasa di bawah subseksyen 58(3)

Akta ibu berhubung dengan prosiding di hadapan Mahkamah

Rayuan Syariah yang sedia ada atau belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh

Akta ini.

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017?
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1523 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Is AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 still in force?
Yes — AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 is currently in force.
When did AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 take effect?
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 was first recorded in 2017.
How many sections does AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 have?
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 contains 5 sections.
Where can I read the official version of AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017?
The official text of AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 (A1523)