Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2017 · As enacted · Bahagian V · Bahagian V Akta ibu dipinda dalam tajuk dengan memasukkan selepas perkataan “PENDAKWAAN” perkataan
4. Pindaan seksyen 58
Feedback & supportSeksyen 58 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“sendiri” dengan perkataan “kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa
Syarie sendiri”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie menurut subseksyen (3) hendaklah dijalankan oleh
Ketua Pendakwa Syarie sendiri.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Pegawai Penguat Kuasa Agama hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua
Pegawai Penguat Kuasa Agama dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pegawai
Penguat Kuasa Agama kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pegawai
Penguat Kuasa Agama sendiri.”.
Undang-Undang Malaysia 6
Kecualian dan peralihan