/akn/my/act/amendment_act/2018/A1567

AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Amendment Act
Status
In force
Enacted
2018
Sections
11
Languages
MS · EN

Quick answer

About this amendment act

AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1567 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Pindaan seksyen 3

Suggest a correction

Seksyen 2

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Open as pageSuggest a correction

[Akta 694], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3—

(a)

dengan memotong takrif “bank”;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1567

AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH

MALAYSIA (PINDAAN) 2018

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1567

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan takrif “institusi kewangan” dengan takrif yang berikut:

‘ “institusi kewangan” ertinya—

Suggest a correction

(a)

sesuatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

Suggest a correction

(b)

sesuatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank

Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 [Akta 759];

Suggest a correction

(c)

sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002

[Akta 618];

Suggest a correction

(d)

seseorang pemegang lesen di bawah Akta

Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011

[Akta 731];

Suggest a correction

(e)

seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];

Suggest a correction

(f)

depositori pusat yang ditubuhkan di bawah

Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat)

1991 [Akta 453];

Suggest a correction

(g)

sesuatu pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010

[Akta 704];

Suggest a correction

(h)

sesuatu pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010

[Akta 705]; dan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(i)

mana-mana institusi kewangan lain yang ditubuhkan atau dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana koperasi yang didaftarkan atau disifatkan sebagai telah didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502];’.

Pindaan seksyen 17

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Perenggan 17(b) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas perkataan “dia” perkataan “secara rasuah”.

Seksyen 4

Seksyen baharu 17a

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Kesalahan oleh organisasi komersial 17a.  (1)  Suatu organisasi komersial melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan organisasi komersial itu secara rasuah memberikan, bersetuju untuk memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang apa-apa suapan sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain dengan niat—

(a)

untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan bagi organisasi komersial itu; atau

Suggest a correction

(b)

untuk memperoleh atau mengekalkan faedah dalam menjalankan perniagaan bagi organisasi komersial itu.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana organisasi komersial yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1567

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu kesalahan dilakukan oleh organisasi komersial, seseorang—

(a)

yang menjadi pengarah, pengawal, pegawai atau pekongsinya; atau

Suggest a correction

(b)

yang terlibat dengan pengurusan hal ehwalnya, pada masa kesalahan itu dilakukan, disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa keizinannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar dilakukannya untuk menghalang pelakuan kesalahan itu dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada hal keadaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika suatu organisasi komersial dipertuduh bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1), menjadi pembelaan bagi organisasi komersial itu untuk membuktikan bahawa organisasi komersial itu mempunyai tatacara yang mencukupi untuk menghalang orang yang bersekutu dengan organisasi komersial itu daripada melakukan perbuatan itu.

Suggest a correction

(5)

Menteri hendaklah mengeluarkan garis panduan yang berhubungan dengan tatacara yang disebut dalam subseksyen (4).

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang itu bersekutu dengan organisasi komersial jika dia ialah seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.

Suggest a correction

(7)

Persoalan sama ada seseorang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial atau tidak hendaklah ditentukan dengan merujuk kepada semua hal keadaan yang berkaitan dan bukan hanya dengan merujuk kepada sifat hubungan antara dia dengan organisasi komersial itu.

Suggest a correction

(8)

Bagi maksud seksyen ini, “organisasi komersial”

ertinya—

(a)

suatu syarikat yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(b)

suatu syarikat di mana jua diperbadankan dan menjalankan perniagaan atau sebahagian daripada perniagaan di Malaysia;

Suggest a correction

(i)

di bawah Akta Perkongsian 1961 [Akta 135]

dan menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain; atau

(ii)

yang merupakan perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian

Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743] dan menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

suatu perkongsian di mana jua ditubuhkan dan menjalankan perniagaan atau sebahagian daripada perniagaan di Malaysia.”.

Pindaan seksyen 30

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Seksyen 30 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(b)

dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan

“Seseorang pegawai Suruhanjaya yang memeriksa seseorang di bawah perenggan (1)(a) hendaklah merekodkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang itu”

dengan perkataan “Suatu pernyataan seseorang yang diperiksa di bawah perenggan (1)(a) hendaklah direkodkan secara bertulis oleh mana-mana pegawai Suruhanjaya”.

Pindaan seksyen 33

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 33(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “bank” dengan perkataan “institusi kewangan”.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1567

Seksyen 7

Pindaan seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“bank” dengan perkataan “institusi kewangan”;

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“bank” dengan perkataan “institusi kewangan”;

Suggest a correction

(i)

dengan menggantikan perkataan “akaun bank”

dengan perkataan “akaun”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “bank” dengan perkataan “institusi kewangan”; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

dalam perenggan (2)(b) dan (c), dengan menggantikan perkataan “bank” dengan perkataan “institusi kewangan”.

Pindaan seksyen 36

Suggest a correction

Seksyen 8

Seksyen 36 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(i)

dengan memotong perkataan “bank atau” yang terdapat selepas perkataan “pegawai mana-mana”;

dan

(ii)

dengan memotong perkataan “mana-mana bank atau” yang terdapat selepas perkataan “hal ehwal”;

dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

dengan menggantikan perkataan “mana-mana pegawai badan awam” dengan perkataan

“mana-mana orang”; dan

(ii)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “or” yang terdapat selepas perkataan

“his present” dengan perkataan “and”.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan)

9

Pindaan seksyen 37

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Seksyen 37 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam subseksyen (1) dan (2), dengan menggantikan perkataan “bank” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “institusi kewangan”; dan

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Seseorang pegawai Suruhanjaya hendaklah dengan segera memberitahu Bank Negara Malaysia,

Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).”.

Pindaan seksyen 38

Suggest a correction

Seksyen 10

Subseksyen 38(1) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan perkataan “harta alih” dengan perkataan “harta tak alih”; dan

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan perkataan “harta itu” dengan perkataan “harta tak alih itu”.

Seksyen baharu 41a

Suggest a correction

Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Kebolehterimaan keterangan dokumentar 41a.  Jika apa-apa dokumen atau salinan apa-apa dokumen diperoleh oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain.”.

Common questions

What is AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018?
AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1567 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
Is AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 still in force?
Yes — AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 is currently in force.
When did AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 take effect?
AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 was first recorded in 2018.
How many sections does AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 have?
AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 contains 11 sections.
Where can I read the official version of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018?
The official text of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 is published at lom.agc.gov.my.