2. Pindaan seksyen 3
Feedback & supportAkta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
[Akta 694], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3—
dengan memotong takrif “bank”;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH
MALAYSIA (PINDAAN) 2018
Undang-Undang Malaysia 4
dengan menggantikan takrif “institusi kewangan” dengan takrif yang berikut:
‘ “institusi kewangan” ertinya—
sesuatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
sesuatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank
Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002
[Akta 618];
seseorang pemegang lesen di bawah Akta
Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011
[Akta 731];
seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
depositori pusat yang ditubuhkan di bawah
Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat)
1991 [Akta 453];
sesuatu pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010
[Akta 704];
sesuatu pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010
[Akta 705]; dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan)
mana-mana institusi kewangan lain yang ditubuhkan atau dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana koperasi yang didaftarkan atau disifatkan sebagai telah didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502];’.