Bahagian yang berikut:
“Bahagian IIIa
PENGINAPAN
Pemakaian 24a. Bahagian ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang diambil kerja selain untuk bekerja di estet.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1604
Tafsiran 24b. Dalam Bahagian ini—
“orang yang bertanggungjawab bagi penginapan” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat yang bertanggungjawab bagi pengurusan penginapan, serta keselamatan dan kesihatan pekerja dan kemudahan lain di dalam penginapan;
“penginapan” ertinya mana-mana bangunan atau struktur kekal atau sementara termasuk apa-apa rumah, pondok, bangsal atau kepungan berbumbung yang digunakan bagi maksud kediaman manusia;
“penginapan berpusat” ertinya mana-mana bangunan yang digunakan bagi perumahan pekerja yang diambil kerja oleh seorang atau lebih majikan;
“penyedia penginapan berpusat” ertinya mana-mana orang yang menyediakan dan menguruskan penginapan berpusat dan menyelia perkhidmatan yang disediakan di dalamnya bagi seorang atau lebih majikan, tetapi tidak termasuk majikan yang menyediakan penginapan bagi pekerjanya sendiri.
Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah berhubung dengan penginapan 24c. (1) Bagi maksud Bahagian ini, Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: