Skip to content

Seksyen 10

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 74

of Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2020

Amendment ActIn forceProvision 10 of 13
Seksyen 10

seksyen yang berikut:

“Keterangan ejen provokasi boleh diterima 74a.  (1)  Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau persubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.

Cukai Jualan (Pindaan)

(2)

Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya atau seorang pegawai cukai jualan, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.”.

Pindaan seksyen 88a