Skip to content

Seksyen 9

Pengesahan dan tanggung rugi

of Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021

Amendment ActIn forceProvision 9 of 9
Seksyen 9
(1)

Fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh mana-mana pihak berkuasa berwibawa yang dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 29 Akta ibu berkenaan dengan perakuan dan penandaan halal bagi tempoh mulai 1 Januari 2012 hingga 22 Oktober 2018, iaitu hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan

Perihal Dagangan (Fi Perakuan dan Penandaan Halal) (Pindaan)

2018 [P.U. (A) 268/2018], hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah.

(2)

Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia, mana-mana pihak berkuasa berwibawa yang dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 29 Akta ibu atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi yang telah dikenakan dan dipungut berkenaan dengan perakuan dan penandaan halal semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik boleh dibuat berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut itu.