Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2022
Sections
7
Languages
MS · EN

Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1663 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1663

AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 3) 2022

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1663

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

31 Ogos 2022

Tarikh penyiaran dalam Warta

... 6 September 2022

Hakcipta Pencetak H

Perlembagaan (Pindaan) (No. 3)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlembagaan

(Pindaan) (No. 3) 2022.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), seksyen 6 Akta ini mula berkuat kuasa di sesuatu Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dengan persetujuan Raja atau

Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan Perkara 10

Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Perkara 10—

(a)

dalam Fasal (1), dengan memasukkan selepas perkataan “(3)” perkataan “, (3a)”; dan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1663

AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 3) 2022

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1663

(b)

dengan memasukkan selepas Fasal (3) Fasal yang berikut:

“(3a) Walau apa pun perenggan (c) Fasal (2)

dan Fasal (3), hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) berhubung dengan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan bagi mana-mana Negeri hendaklah tertakluk kepada sekatan yang dikenakan masing-masing oleh

Perkara 49a dan seksyen 7a Jadual Kelapan.”.

Pindaan Perkara 48

Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Perkara 48 dengan memotong Fasal (6).

Perkara baharu 49a

Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan selepas

Perkara 49 Perkara yang berikut:

“Pertukaran parti politik anggota, dsb.

Quoted provision

Seksyen 49a

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua di bawah Fasal (3) jika—

(a)

setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik—

(i)

dia melepaskan keanggotaan parti politik itu;

atau

(ii)

dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu;

atau

(b)

setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota.

Perlembagaan (Pindaan) (No. 3)

(2)

Seseorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli Dewan itu menurut Perkara ini hanya disebabkan oleh—

(a)

pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya;

(b)

pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua; atau

(c)

pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya.

(3)

Apabila Yang di-Pertua menerima suatu notis bertulis daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat di bawah Perkara ini, Yang di-Pertua hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu

Suruhanjaya Pilihan Raya sewajarnya dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu.

(4)

Bagi maksud mengadakan pilihan raya di bawah

Perkara 54, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan itu daripada Yang di-Pertua.”.

Pindaan Perkara 160

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam

Fasal (2) dengan memasukkan selepas takrif “Orang Melayu”

takrif yang berikut:

‘ “parti politik” ertinya—

(a)

mana-mana pertubuhan yang menurut mana-mana tujuan atau kaedahnya, tidak kira sama ada tujuan atau kaedah itu merupakan tujuan atau kaedah utamanya, atau semata-mata merupakan tujuan atau kaedah yang menjadi tambahan kepada tujuan atau tujuan-tujuan utamanya atau kepada kaedah atau kaedah-kaedah utamanya, mengadakan peruntukan bagi pertubuhan itu menyertai, melalui calon-calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan Undangan Negeri; atau

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1663

(b)

mana-mana pertubuhan yang, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam tujuan-tujuan atau kaedah-kaedahnya, menjalankan apa-apa aktiviti atau meneruskan apa-apa tujuan yang melibatkan penyertaannya, melalui calon-calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan Undangan Negeri, dan termasuklah gabungan pertubuhan sedemikian yang telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan;’.

Pindaan Jadual Kelapan

Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan dipinda—

(b)

dengan memasukkan selepas seksyen 7 seksyen yang berikut:

“Pertukaran parti politik anggota, dsb.

(1)

Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, seseorang ahli Dewan Undangan hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Undangan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua di bawah subseksyen (3) jika—

(a)

setelah dipilih ke Dewan Undangan sebagai anggota suatu parti politik—

(i)

d i a m e l e p a s k a n k e a n g g o t a a n p a r t i politik itu; atau

(ii)

dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu; atau

(b)

setelah dipilih ke Dewan Undangan bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota.

Perlembagaan (Pindaan) (No. 3)

(2)

Seseorang ahli Dewan Undangan tidak terhenti menjadi ahli Dewan Undangan itu menurut seksyen ini hanya disebabkan oleh—

(a)

pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya;

(b)

pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua; atau

(c)

pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya.

(3)

Apabila Yang di-Pertua menerima suatu notis bertulis daripada mana-mana ahli Dewan Undangan mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Undangan di bawah seksyen ini, Yang di-Pertua hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu

Suruhanjaya Pilihan Raya sewajarnya dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu.

(4)

Bagi maksud mengadakan pilihan raya di bawah subseksyen (5) seksyen 9, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh

Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan itu daripada Yang di-Pertua.”.

Common questions

What is Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022?
Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1663 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Is Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022 still in force?
Yes — Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022 is currently in force.
When did Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022 take effect?
Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022 was first recorded in 2022.
How many sections does Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022 have?
Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022 contains 8 sections.
Where can I read the official version of Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022?
The official text of Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.