Skip to content

Seksyen 4

Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan selepas

of Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO.3) 2022

Amendment ActIn forceProvision 4 of 7
Seksyen 4

Perkara 49 Perkara yang berikut:

“Pertukaran parti politik anggota, dsb.

Quoted provision

Seksyen 49a

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua di bawah Fasal (3) jika—

(a)

setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik—

(i)

dia melepaskan keanggotaan parti politik itu;

atau

(ii)

dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu;

atau

(b)

setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota.

Perlembagaan (Pindaan) (No. 3)

(2)

Seseorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli Dewan itu menurut Perkara ini hanya disebabkan oleh—

(a)

pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya;

(b)

pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua; atau

(c)

pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya.

(3)

Apabila Yang di-Pertua menerima suatu notis bertulis daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat di bawah Perkara ini, Yang di-Pertua hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu

Suruhanjaya Pilihan Raya sewajarnya dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu.

(4)

Bagi maksud mengadakan pilihan raya di bawah

Perkara 54, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan itu daripada Yang di-Pertua.”.

Pindaan Perkara 160