Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan tajuk panjang
/akn/my/act/amendment_act/2024/A1739
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1739 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan tajuk panjang
Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan memotong perkataan “dan penggunaan elektrik dengan cekap”.
Pindaan seksyen 4
dalam perenggan (k), dengan memotong perkataan
“penggunaan elektrik dengan cekap,”;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1739
AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2024
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1739
dalam teks bahasa Inggeris, dalam perenggan (ga), dengan menggantikan perkataan “efficient” dengan perkataan
“effective”; dan
Subseksyen 11(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “cekap” dengan perkataan “berkesan”.
Pemotongan Bahagian Va
Akta ibu dipinda dengan memotong Bahagian Va.
Pindaan seksyen 53
Subseksyen 53(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (xa), (xj) dan (xk).
Kecualian dan peralihan
Apa-apa Perakuan Kelulusan berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap yang dikeluarkan di bawah Akta ibu dan masih berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah dikeluarkan di bawah
Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga 2024 dan hendaklah terus sah sehingga Perakuan Kelulusan itu tamat tempoh atau dibatalkan oleh Suruhanjaya.
Bekalan Elektrik (Pindaan)
Apa-apa laporan ujian prestasi tenaga, yang dibuat berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap di bawah
Akta ibu sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat dengan sah di bawah
Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga 2024 dan hendaklah terus sah untuk tempoh lima tahun dari tarikh laporan itu atau sehingga laporan itu dibatalkan oleh Suruhanjaya.
Apa-apa notis, perintah atau larangan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.
Apa-apa tindakan, penyitaan, pendakwaan atau prosiding yang diambil, dibuat, dimulakan atau belum selesai berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Mana-mana peruntukan dalam perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perenggan 53(xa), (xj) dan (xk) Akta ibu yang dipotong hendaklah berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024.