Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

13. Pindaan seksyen 26

Seksyen 26 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“Rekuisisi premis” perkataan “dan sumbernya”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan

“mana-mana premis” perkataan “dan sumbernya”;

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“melalui timbang tara menurut peruntukan Akta Timbang

Tara 1952 [Akta 93]” dengan perkataan “oleh mahkamah”;

dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Bagi maksud seksyen ini, “sumber” termasuklah sumber manusia, kemudahan, utiliti dan aset dan pengawal atau pengurus sumber manusia, kemudahan, utiliti atau aset itu.”.

Undang-Undang Malaysia 12

Report