Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2025 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan—
dalam hal seseorang itu merupakan seorang individu, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; atau
dalam hal sesuatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.”.