Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

11. Seksyen baharu 24a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24

seksyen yang berikut:

“Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan 24a.  Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang berlawanan, mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.”.

Report