Malaysia legislation

Section 2

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“haiwan” ertinya apa-apa makhluk hidup selain manusia dan termasuklah apa-apa haiwan, burung, haiwan akuatik, reptilia atau serangga tetapi tidak termasuk hidupan liar di bawah

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716];

“haiwan persembahan” ertinya mana-mana haiwan yang digunakan bagi maksud apa-apa hiburan, pameran, sukan, rakaman audio-visual dan pertunjukan haiwan;

“karkas” ertinya bangkai haiwan dan termasuklah mana-mana bahagian badan sama ada secara berasingan atau selainnya;

“kebajikan haiwan” termasuklah keperluan haiwan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 24;

“Lembaga” ertinya Lembaga Kebajikan Haiwan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani;

“pegawai kebajikan haiwan” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 36;

“pembantu sukarela kebajikan haiwan” ertinya mana-mana orang yang berkelayakan yang dilantik di bawah seksyen 37;

“pemunya” ertinya mana-mana orang yang memiliki apa-apa haiwan dan termasuklah mana-mana orang pada masa ini bertanggungjawab tentang mana-mana haiwan atau mana-mana orang yang menghuni mana-mana premis;

“pengangkut” ertinya apa-apa kenderaan, vesel, kapal, pesawat udara dan apa-apa kaedah pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat;

“pihak berkuasa veterinar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Binatang 1953 [Akta 647];

Kebajikan Haiwan 9

“premis” termasuklah apa-apa rumah, bangunan, pondok, bangsal, struktur, platform, loji, gudang berlesen, kontena dan tanah sama ada dipagari atau dibina di atasnya atau tidak;

“tatacara pengurusan veterinar yang diterima pakai” termasuklah nyahtanduk lembu, cucuk hidung lembu, pengacipan telinga, pengetagan telinga, pemangkasan bulu, tanduk, gading atau kuku, dan membuat tanda pada haiwan atau apa-apa tatacara lain yang ditentukan oleh Lembaga.