Section 7
Anggota silih ganti
Menteri boleh, berhubung dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(f), (g), (h) atau (i), melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti bagi menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga apabila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
(2)
Seseorang anggota silih ganti yang menghadiri mesyuarat
Lembaga hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai anggota Lembaga.
(3)
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, berhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti berhenti menjadi anggota Lembaga.