Peguam
Negara telah mengesyorkan bahawa bantuan bersama diberikan kepada Republik Perancis berhubung dengan perkara jenayah itu di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002:
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya oleh seksyen 18 Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002, saya,
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang di Malaysia, dengan ini mengarahkan supaya peruntukan Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 terpakai berhubung dengan permintaan bagi bantuan bersama berhubung dengan perkara jenayah itu seolah-olah suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 17
3
Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 berkuat kuasa berkenaan dengan Republik Perancis tanpa apa-apa sekatan, had, kecualian, ubah suaian, penyesuaian, syarat atau batasan.
Bertarikh 3 Februari 2026
[PN(R) 152/185/29/7-40; PN(PU2)628/JLD.14]
DATO’ SRI AZALINA BINTI OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Undang-Undang dan Reformasi Institusi)
4
MUTUAL ASSISTANCE IN CRIMINAL MATTERS ACT 2002
SPECIAL DIRECTION OF THE MINISTER