Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (B)

Arahan Khas Menteri

The text

3 Julai 2026 3 July 2026

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

ARAHAN KHAS MENTERI

SPECIAL DIRECTION OF THE MINISTER

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

2

AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

ARAHAN KHAS MENTERI

Preamble

BAHAWASANYA:

(a)

suatu siasatan yang berhubungan dengan suatu perkara jenayah yang melibatkan kesalahan berat asing, iaitu suatu kesalahan di bawah artikel 155-1, artikel 158-1 dan artikel 246-2 Kanun Jenayah Jepun telah dimulakan di Jepun, suatu Negara asing;

(b)

Agensi Polis Kebangsaan Jepun telah membuat suatu permintaan bagi bantuan bersama berhubung dengan perkara jenayah itu di bawah

Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 [Akta 621];

(c)

tiada perintah di bawah seksyen 17 Akta Bantuan Bersama dalam

Perkara Jenayah 2002 telah dibuat berhubung dengan Jepun; dan

(d)

Peguam Negara telah mengesyorkan bahawa bantuan bersama diberikan kepada Jepun berhubung dengan perkara jenayah itu di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002:

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya oleh seksyen 18 Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002, saya,

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang di Malaysia, dengan ini mengarahkan supaya peruntukan Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 terpakai berhubung dengan permintaan bagi bantuan bersama berhubung dengan perkara jenayah itu seolah-olah suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 17

Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 berkuat kuasa berkenaan dengan Jepun tanpa apa-apa sekatan, had, kecualian, ubah suaian, penyesuaian, syarat atau batasan.

3

Bertarikh 15 Jun 2026

[PN(R) 152/185/29/17-10; PN(PU2)628/JLD.14]

DATO’ SRI AZALINA BINTI OTHMAN SAID

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Undang-Undang dan Reformasi Institusi)

4

MUTUAL ASSISTANCE IN CRIMINAL MATTERS ACT 2002

SPECIAL DIRECTION OF THE MINISTER

Preamble

WHEREAS:

(a)

an investigation relating to a criminal matter involving a foreign serious offence, that is an offence under article 155-1, article 158-1 and article 246-2 of the Penal Code of Japan has commenced in Japan, a foreign State;

(b)

the National Police Agency of Japan has made a request for mutual assistance in relation to that criminal matter under the Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002 [Act 621];

(c)

no order under section 17

of the

Mutual

Assistance in

Criminal Matters Act 2002 has been made in relation to Japan; and

(d)

the Attorney General has recommended that mutual assistance be given to Japan in relation to that criminal matter under the Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002:

NOW THEREFORE, in exercise of the powers conferred on me by section 18 of the Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002, I, Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, the Minister charged with the responsibility for legal affairs in Malaysia, do direct that the provisions of the Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002

be applied in relation to the request for mutual assistance in relation to that criminal matter as if there is in effect in respect of Japan an order made under section 17 of the Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002 without any restriction, limitation, exception, modification, adaptation, condition or qualification.

5

Dated 15 June 2026

[PN(R) 152/185/29/17-10; PN(PU2)628/JLD.14]

DATO’ SRI AZALINA BINTI OTHMAN SAID

Minister in the Prime Minister’s Department

(Law and Institutional Reforms)