Jadual
JADUAL
AJARAN QADIANI/AHMADIAH
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2017 telah membincangkan mengenai Ajaran Qadiani/Ahmadiah dan memutuskan seperti yang berikut:
i. Ajaran Qadiani/Ahmadiah adalah sesat dan terkeluar daripada ajaran
Islam.
ii. Pengikut Ajaran Qadiani/Ahmadiah adalah terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam.
iii. Ajaran Qadiani/Ahmadiah adalah satu ajaran yang menyalahi daripada ajaran Islam yang sebenarnya dan pengikut-pengikut ajaran Qadiani/
Ahmadiah ini telah dihukumkan kafir oleh ulamak-ulamak Islam di serata dunia.
931 2hb Ogos 2018]
WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG iv. Antara ciri-ciri ajaran ini ialah:
Mirza Ghulan Ahmad mendakwa dirinya:
i. sebagai Nabi yang menerima wahyu;
ii. sebagai Imam Mahadi;
iii. sebagai Isa Al Masih;
iv. mempunyai mukjizat; dan
v. para Nabi menyaksikan dirinya.
Malaikat sebagai pancaindera Tuhan;
Nabi Isa A.S. telah mati seperti manusia biasa dan dikebumikan di Srinagar;
Ibadah Haji di Qadian, India;
menafikan Jihad; dan
mengubah ayat-ayat Al-Quran.
v. Orang-orang Islam adalah dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-buku berikut:
“Invitation To Ahmadiyah” yang dikarang oleh Hazrat Hj. Mirza
Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II);
“Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah” yang ditulis oleh
Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah;
“Alam Sebagai Saksi” yang dikarang oleh Mohamad Zain bin
Hasan; dan
“The Holy Quran with English Translation And Commentary”
(Vol II, Part I) yang dikarang oleh M. Masu’d Ahmad.
vi. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran atau fahaman Qadiani/Ahmadiah dan lain-lain yang berkaitan dengannya atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran dan ciri-ciri fahaman Qadiani/
Ahmadiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan.
932
[2hb Ogos 2018
WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG vii. Mana-mana orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen;
menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Qadiani/Ahmadiah dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
viii. Semua pihak adalah dilarang dan ditegah daripada memberi apa jua kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada pengikut ajaran dan fahaman Qadiani/Ahmadiah daripada mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran dan fahaman ini di Negeri Pulau Pinang.
ix. Oleh yang demikian:
mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran dan fahaman Qadiani/Ahmadiah ini adalah murtad;
orang Islam yang telah mengamalkan ajaran Qadiani/Ahmadiah di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Ta’ala; dan
mana-mana orang Islam yang melakukan apa-apa perbuatan dalam perenggan (v), (vi), (vii) dan (viii) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Pulau Pinang.
Bertarikh 4 Jun 2018
[JMNPP/(S)/19/1101/002(10); PUNPP 352/100/1/2/EA/1 Jld. 4]
DATO’ DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR
Mufti Kerajaan Negeri
Pulau Pinang
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004
FATWA UNDER SECTION 48
In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.