/akn/my-04/state_gazette/unknown/mlkgn05y2015/no-118

enakmen pentadbiran agama islam

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force

Quick answer

About this state subsidiary legislation

enakmen pentadbiran agama islam is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 118, currently marked in force.

(1)

Amalan dan perbuatan khurafat yang dilakukan di Pulau Besar Melaka adalah bertentangan dengan hukum syarak dan boleh membawa kepada syirik. Antara amalan dan perbuatan khurafat yang dilakukan di Pulau Besar Melaka adalah—

(a)

memohon hajat di sisi kubur atau objek-objek tertentu atau tempat-tempat tertentu yang didakwa sebagai keramat atau dikaitkan dengan sesuatu manfaat atau mudharat di sekitar Pulau Besar

Melaka;

Suggest a correction

(b)

memuja dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan daripada sesuatu objek yang didakwa sebagai kubur Sultan Al-Arifin

Syeikh Ismail, kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Tok Janggut, kubur Nenek Kebayan,

Tempayan Pecah, Batu Belah, Gua Yunus, perigi Nenek Kebayan,

Tasik Bunian, Tasik Biawak dan Pokok Disula atau memuja apa jua objek yang terdapat di Pulau Besar Melaka.

Suggest a correction

(c)

melakukan upacara berdoa bagi pihak orang bukan Islam untuk memohon agar ditunaikan hajat mereka;

Suggest a correction

(d)

mandi di tempat yang didakwa sebagai Perigi Nenek Kebayan dan Tempayan Pecah atau menjadikan batu-batu atau objek yang diambil daripada perigi tersebut sebagai tangkal atau azimat, membakar colok di sekitar kawasan yang didakwa sebagai kubur dan pokok-pokok dengan mempercayai ia boleh memberi manfaat atau menolak mudharat;

Suggest a correction

(e)

menjamu orang ramai dengan daging atau binatang sembelihan yang dinazar oleh orang Islam dan bukan Islam di Pulau Besar

Melaka kerana mengandungi syubhah pada niat dan tujuan yang dikaitkan dengan sesuatu manfaat atau mudharat;

Suggest a correction

(f)

mengadakan upacara menaik dan menurunkan bendera diiringi dengan bacaan tahlil atau zikir-zikir tertentu, berjalan kaki tanpa kasut atau selipar menuju ke gua atau perigi dan perbuatan menyapu atau menjirus cairan cendana berwarna kuning pada batu nisan dan kubur Syeikh Ismail; dan

Suggest a correction

(g)

amalan-amalan dan perbuatan-perbuatan lain yang boleh disifatkan sebagai amalan atau perbuatan khurafat di Pulau

Besar Melaka.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Oleh itu, mana-mana orang Islam adalah dilarang melakukan apa jua amalan atau perbuatan khurafat atau apa-apa jua upacara yang bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam di Pulau Besar

Melaka.

WARTA  KERAJAAN  NEGERI  MELAKA

26hb Feb. 2015]

191

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang Islam yang melakukan amalan dan perbuatan khurafat atau sebarang amalan dan perbuatan yang boleh disifatkan sebagai khurafat di Pulau Besar Melaka adalah melakukan suatu kesalahan kerana melanggar hukum syarak dan boleh diambil tindakan menurut undang-undang serta wajib bertaubat dengan meninggalkannya dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala.

Bertarikh 27 Januari 2015

Dated 27 January 2015

[JMM/BFB(S)/351/255/01/17; PUNM. 700-02/37 Jilid 3]

Datuk Seri Ir. hj. Idris bin hj. Haron

Pengerusi/Chairman

Majlis Agama Islam

Melaka

Suggest a correction