Seksyen 1
Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat mendapati bahawa ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas dan Lain-lain Yang Berkaitan Dengan Kedudukannya Oleh Ismail bin Kassim dari
Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) mengandungi perkara-perkara yang berikut:
(a)
Terbatal Kesemua Rukun Islam Sekiranya Tidak Mempelajari
Ilmu Syahadah Yang Dibawa Oleh Ismail bin Kassim (IBK)
Rukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua Kalimah Syahadah bagi seseorang itu terbatal sekiranya dia tidak mempelajari Ilmu
Syahadah (Ilmu Penyaksian) yang dibawa oleh Ismail bin Kassim.
Ilmu Syahadah yang dimaksudkan ialah ilmu penyaksian qalbu terhadap roh yang sedang bersyahadah.
(b)
Tuntutan Mencari Penyaksi Syahadah
Seseorang itu hendaklah berusaha mencari penyaksinya yang akan dibawa sebagai saksi pada hari akhirat kelak. Penyaksi tersebut akan diperoleh apabila dia menerima dan mengamalkan Ilmu
Syahadah dan Zikir Nafas.
(c)
Ismail bin Kassim Penyaksi Syahadah
Ismail bin Kassim akan menjadi penyaksi syahadah seseorang di dunia dan akhir setelah orang itu mempelajari dan menerima Ilmu
Syahadah yang diajar oleh beliau. Orang yang tidak menerima ilmu ini daripada beliau, dia tidak akan memperoleh penyaksi syahadahnya dan syahadahnya tidak diterima Allah.
98
[1hb Feb. 2018
(d)
Wajib Mempelajari Zikir Nafas Kerana Tiada Cara Lain Untuk
Mencari Allah Kecuali Melaluinya
Seseorang itu wajib mempelajari Zikir Nafas, kerana tiada cara lain untuk mencari Allah kecuali melaluinya. Mencari Allah
S.W.T. melibatkan peranan yang dimainkan oleh qalbu. Anggota pancaindera manusia yang lain, seperti mata dan telinga peranannya terhad kepada alam zahir sahaja, berbeza dengan qalbu yang mempunyai peranan ghaib. Hanya dengan amalan Zikir Nafas boleh membuka mata hati qalbu. Oleh yang demikian, apabila mata hati qalbu seseorang telah terbuka, maka dia akan dapat melihat penyaksian roh, dan perkara-perkara ghaib yang lain dengan berterusan secara autopilot.
(e)
Mengambil Zikir Nafas Secara Bai’ah
Untuk mengambil ilmu Zikir Nafas hendaklah secara bai’ah melalui guru yang berketurunan Ahli Bait sahaja, iaitu Ismail bin Kassim.
(f)
Mengisi Nafas dengan Zikir
Zikir Nafas ialah seseorang itu perlu mengisi nafasnya dengan zikir Zikir ini hendaklah dilakukan secara berterusan selama 24 jam tanpa henti. Kaedah untuk mendapatkan zikir tanpa henti, iaitu melalui pengisian zikir dalam penafasan.
Apabila kalimah zikir telah diisi dalam pernafasan, setiap kali manusia bernafas, nafasnya akan berzikir mengingati Allah S.W.T.
(
). Perkiraan yang dibuat terhadap bilangan zikir yang akan terhasil daripada pernafasan tersebut adalah sebanyak 2,592 (108 x 24) zikir sehari.
(g)
Amalan Zikir Nafas Telah Wujud Sejak Dari Zaman Nabi Adam
A.S.
Amalan Zikir Nafas telah wujud sejak dari zaman Nabi Adam
A.S. dan baginda adalah orang pertama yang mengamalkannya.
Allah S.W.T. telah meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Nabi Adam
A.S. dan seterusnya bernafas, dan nafas pertama yang naik dan turun daripada Adam A.S. adalah berbentuk Zikir Nafas.
(h)
Zikir Nafas Adalah Amalan 124,000 Para Rasul Dan Para Wali
Allah
Para Rasul A.S. diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk berkhalwat di dalam gua, apabila berada di dalam gua akan didengar secara jelas bunyi perkataan Zikir Nafas, iaitu ‘hu’, ‘hu’, ‘hu’.
99 1hb Feb. 2018]
(i)
Amalan Zikir Nafas Adalah Sahih dan Sabit Melalui al-Quran dan al-Hadith
Sesiapa yang mengingkarinya dianggap telah menaruh syak terhadap al-Quran dan al-Hadith.
(j)
Semua Makhluk Hidup Dengan Kalimah ‘Hu’
Semua makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T. dapat terus hidup dengan kalimah ‘hu’. Hu juga merupakan bunyi nafas yang sedia ada, bunyi oksigen, segala bunyian, peredaran bintang, planet, bulan dan matahari.
(k)
Hari Kiamat Akan Berlaku Apabila Tiada Lagi Makhluk Yang
Nafasnya Berzikir Dengan Kalimah Allah
Semua makhluk termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia akan mati dan diikuti dengan berlakunya hari kiamat apabila tiada lagi makhluk yang nafasnya berzikir dengan kalimah Allah.
(i)
Menyambung talian dengan Allah S.W.T.;
(iii)
Menyambung talian emas dengan guru-guru yang sampai sanadnya kepada Nabi Muhammad S.A.W.;
(v)
Dianggap berada di landasan sirat al-mustaqeem;
(vii)
Nafas berjalan dengan kelajuan yang begitu normal walaupun mendengar berita buruk dan menakutkan;
(m)
Mengamalkan Kepercayaan Wahdat al-Wujud dan Tajsim
Ismail bin Kassim pernah mengungkapkan kata-kata yang jelas membawa kepada makna Wahdat al-Wujud, iaitu “Aku berkata-kata dengan lidah ni, ini lidah Allah, ini lidah Allah, kafir kamu pergi, kalau kamu menolak, pergi, ini lidah Allah, ini perkataan
Allah, di mana kau, kafir terus...”
(n)
Mentakwil Ayat-ayat al-Quran Secara Batil
Mentakwil ayat-ayat al-Quran secara batil, antaranya seperti yang berikut: Pada ayat dalam surat al-Fatihah
Allah S.W.T. akan menjawab iaitu
Tafsiran bagi ketiga-tiga perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:
(i)
Mempunyai Zikir Nafas dan kenal Allah dengan aqal;
(o)
Kaedah Penafsiran al-Quran (Usul Tafsir) Yang Menyeleweng
Ayat-ayat al-Quran tidak boleh difahami semata-mata dengan membaca terjemahan, kitab-kitab tafsir, mahupun asbab al-nuzul, bahkan hanya boleh difahami dengan Ilmu al-Quran
(Ilmu Takwil, Ilmu al-Furqan, Ilmu Ma’na, Ilmu Maqsud, ilmu hikmah, Ilmu Makrifat, Ilmu Hakikat, ilmu Asrar, Ilmu Ghaib dan Ilmu Yaqin).
(i)
“Sesiapa yang menyakiti seorang tolibul-ilmi seperti menyakiti 124,000 Nabi, sesiapa yang menyakiti 124,000 nabi seperti menyakiti Rasullah S.A.W., sesiapa yang menyakiti
Rasullah S.A.W. seperti menyakiti Allah, dan sesiapa yang menyakiti Allah, neraka tempatnya”,
(ii)
“Barang siapa yang mencariku, pasti menjumpai-Nya, yang menjumpai-Nya, maka dia telah menjumpai segala-galanya,
Nabi Muhammad S.A.W. bertanya bagaimana ingin mencari
Allah, dan Allah pun menjawab: ‘Syahadah’’’.
101 1hb Feb. 2018]
(iii)
“Barang siapa yang datang berjumpa dengan Aku dalam pada mana dia mengenal Aku, setiap kebajikan Aku beri dia sedunia bilangan makhluk yang pernah Aku cipta dan akan Aku cipta”.
(q)
Gluluw (Melampau) Dalam Menghormati Guru
Peraturan yanag wajib dipatuhi oleh murid kepada Ismail bin
Kassim selaku guru atau sheikh seperti berikut:
(i)
Sesiapa yang hendak bersalaman dengan guru, wajib mengambil wuduk terlebih dahulu kerana guru dianggap membawa al-Quran yang hidup;
(ii)
Setiap murid berkeadaan yakin bahawa guru dapat mengesan ketaatan murid, atas izin Allah S.W.T.;
(iv)
Setiap murid jangan ada sangkaan bahawa guru tidak mengetahui kelakuan dan perbuatan mereka;
(v)
Setiap murid jangan meragui atau membantah di hadapan guru atau di belakangnya kerana guru hanya mengajar ilmu kalimah “la ila ha illallah”;
(vi)
Setiap murid jangan sekali-kali melanggar panduan di atas, kelak akan terjerumus ke dalam kecelakaan dan kebinasaan.