State Subsidiary LegislationIn force
Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 109, currently marked in force.
Front matterCover and publication detailsOpenClose
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006
(Enakmen 4 Tahun 2006)
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48
AJARAN ATAU FAHAMAN SYIAH
Opening note
Preamble
- Mengikut peruntukan subseksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, setelah diperkenankan oleh Raja Pemerintah dan memaklumkan Kerajaan Negeri, dengan ini menyebabkan fatwa berikut disiarkan, iaitu: “Ajaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran dan fahaman Syiah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini. Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.” Bertarikh 7 Ogos 2012 HAJI ABDUL MALIK BIN HUSSIN [SUK.Ps. 05/392(4)] Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis WARTA KERAJAAN NEGERI PERLIS [27hb Sept. 2012 204 WARTA KERAJAAN NEGERI PERLIS 27hb Sept. 2012] 205 KANUN TANAH NEGARA (Akta 56 tahun 1965)
Something wrong on this page?
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.