Jadual
JADUAL/SCHEDULE
A. Status Bangunan Yang Telah Siap Dibina Di Atas Tanah Wakaf
Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf tidak menjadi wakaf secara automatik. Sekiranya Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji bagi pihak Kerajaan Persekutuan ingin mewakafkannya, ia tidak menjadi halangan.
Bangunan tersebut perlu didaftarkan sebagai harta wakaf yang baru dan perlu memenuhi rukun-rukun wakaf dan enakmen negeri-negeri.
b. Pembangunan Menggunakan Dana Program Pembangunan Harta Wakaf
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Di Atas Tanah Baitulmal Milik
Majlis Agama Islam Negeri
Tanah Baitulmal milik Majlis Agama Islam Negeri dan bangunan yang dibina di atas tanah tersebut yang menggunakan dana Program
Pembangunan Harta Wakaf Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
boleh didaftarkan sebagai harta wakaf.
Untuk memenuhi dan mematuhi peraturan syariah, Jabatan Wakaf,
Zakat dan Haji hendaklah merujuk kepada syarat-syarat wakaf yang sedia ada.
C. Pemajakan Tanah Wakaf Kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Tanah wakaf boleh dipajak tetapi tidak boleh dijual.
D. Penjualan Pajakan Unit Kedai/Kediaman/Ruang Pejabat Yang Telah
Dibangunkan Di Atas Tanah Wakaf
Unit-unit kediaman atau kedai yang dibina di atas tanah wakaf boleh dipajak kepada individu bagi tempoh jangka panjang.
Syarat dan kaedah yang perlu dipatuhi supaya menepati keperluan syara’ adalah berdasarkan akad pajakan (sewaan).
E. Status Kerajaan Persekutuan Dalam Pembangunan Tanah Wakaf
Kerajaan Persekutuan boleh dianggap sebagai pewakaf dengan syarat peruntukan yang disediakan untuk membangunkan tanah wakaf diniat untuk wakaf.
Sebagai pewakaf, kerajaan berhak menentukan syarat-syarat harta yang diwakafkan. Sungguhpun begitu, pelantikan nazir tidak dibenarkan kerana bercanggah dengan enakmen sedia ada.
WARTA KERAJAAN NEGERI MELAKA
7hb Mei 2009]
433
F. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Sebagai Pemegang Amanah Dana Program
Pembangunan Harta Wakaf Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji boleh menjadi pemegang amanah dana
Program Pembangunan Harta Wakaf Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9) melalui Entiti Wakaf Kebangsaan yang akan ditubuhkan menerusi usahasama ekonomi dengan Majlis Agama Islam Negeri dengan syarat mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak di antara Majlis Agama Islam
Negeri dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.
G. Wakaf Wang Tunai
Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.
H. Pengecualian Atau Remitan Cukai Tanah Terhadap Harta Wakaf
Harta wakaf wajar mendapat pengecualian daripada cukai.
Bertarikh 3 April 2009
Dated 3 April 2009
[JMM/BFB(S)/351/255/03/01(11);
PUNM. 700-02/37]
datuk seri haji mohd ali bin mohd rustaM
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam Melaka kanun tanah negara
(Akta 56 tahun 1965)
National land code
(Act 56 of 1965)