Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Enakmen Pentadbiran Agama Islam

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 289, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

(NEGERI PULAU PINANG) 2004

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48

Opening note

Preamble

  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 [Enakmen 2], atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

FATWA MENGENAI PENGGUNAAN ASID TARTARIK DALAM

INDUSTRI MAKANAN HALAL

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2017 telah membincangkan mengenai isu Penggunaan Asid Tartarik Dalam Industri

Makanan Halal dan memutuskan seperti yang berikut:

(i)

asid tartarik yang menggunakan wine-lees adalah haram kerana—

(a)

ia terhasil daripada proses pemeraman arak yang telah sempurna dan bukannya sebelum menjadi arak; dan

(b)

istihalah yang berlaku secara semulajadi daripada arak adalah dibenarkan tetapi proses nyah alkohol secara penyulingan wine-less tidak berlaku secara semulajadi dan tidak dibenarkan.

(ii)

asid tartarik yang bukan berasal daripada wine-less adalah dibenarkan.

Bertarikh 20 Disember 2018

[JMNPP/(S)/19/1101/002(33); PUNPP 325/100/1/2/EA/1 Jld. 5]

DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR

Mufti Kerajaan Negeri

Pulau Pinang

307 14hb Mac 2019]

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM

(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004

FATWA UNDER SECTION 48

In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.

FATWA MENGENAI PENGGUNAAN ASID TARTARIK DALAM

INDUSTRI MAKANAN HALAL

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2017 telah membincangkan mengenai isu Penggunaan Asid Tartarik Dalam Industri

Makanan Halal dan memutuskan seperti yang berikut:

(i)

asid tartarik yang menggunakan wine-lees adalah haram kerana—

(a)

ia terhasil daripada proses pemeraman arak yang telah sempurna dan bukannya sebelum menjadi arak; dan

(b)

istihalah yang berlaku secara semulajadi daripada arak adalah dibenarkan tetapi proses nyah alkohol secara penyulingan wine-less tidak berlaku secara semulajadi dan tidak dibenarkan.

(ii)

asid tartarik yang bukan berasal daripada wine-less adalah dibenarkan.

Made 20 December 2018

[JMNPP/(S)/19/1101/002(33); PUNPP 352/100/1/2/EA/1 JLD. 5]

DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR

Mufti State Government

Penang

308

[14hb Mac 2019

309 14hb Mac 2019]

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.