Jadual
JADUAL
FATWA MENGENAI PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN AYAT
RUQYAH (AYAT AL-QURAN) UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2017 telah membincangkan mengenai isu Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah
(Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial dan memutuskan seperti yang berikut:
Setelah meneliti fatwa-fatwa, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat menegaskan bahawa Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan Rasulullah SAW menyebutkan bahawa sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat al-Quran dan Baginda membolehkan untuk meruqyah selama mana tidak berlaku syirik.
Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, mesyuarat mendapati bahawa isu produk yang dilabelkan sebagai ‘makanan sunnah’ dan makanan/
minuman yang diruqyahkan dengan ayat al-Quran serta zikir semakin berleluasa dan menjadi pelan pemasaran pengusaha produk-produk makanan dan barangan di Negara ini. Ia telah menjadi kaedah untuk melariskan produk bersandarkan perkataan ‘makanan sunnah’ dan ruqyah.
Sehubungan dengan itu, sebagai Sadd az-Zarai’ kepada unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan komersial, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan ruqyah dan istilah ‘makanan sunnah’ secara tidak bertanggungjawab untuk tujuan mengaut keuntungan dan melariskan produk perlu dihentikan kerana dibimbangi ia termasuk dalam perbuatan memperdagangkan ayat-ayat al-Quran yang ditegah oleh ajaran Islam.
Oleh hal yang demikian, mesyuarat menggesa supaya perbuatan tersebut ditangani segera supaya istilah ‘makanan sunnah’ ini tidak difahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat dan penggunaan ruqyah tidak disalahgunakan sehingga mengugut akidah sekiranya masyarakat menyakini keberkesanan ruqyah pada sesuatu produk tersebut mengatasi usaha dan ikhtiar serta kekuasaan Allah SWT.
Mesyuarat juga bersetuju memutuskan supaya penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial tidak dibenarkan sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi.
Bertarikh 20 Disember 2018
[JMNPP/(S)/19/1101/002(33); PUNPP 352/100/1/2/EA/1 Jld. 5]
DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR
Mufti Kerajaan Negeri
Pulau Pinang
310
[14hb Mac 2019
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004
FATWA UNDER SECTION 48
In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.