Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Enakmen Pentadbiran Agama Islam

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 292, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

(NEGERI PULAU PINANG) 2004

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48

Opening note

Preamble

  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 [Enakmen 2], atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

FATWA MENGENAI PEMBINAAN MASJID DARI DANA LOTERI

KEBAJIKAN MASYARAKAT DAN SOLAT DI DALAMNYA

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 6/2017 telah membincangkan mengenai isu Pembinaan Masjid Dari Dana Loteri Kebajikan

Masyarakat Dan Solat Di Dalamnya dan memutuskan seperti yang berikut:

(i)

setelah meneliti keterangan serta hujah dan dalil yang dinyatakan, maka mesyuarat memutuskan bahawa hukum membina masjid daripada sumber yang haram seperti Dana Loteri Kebajikan Masyarakat adalah haram.

Manakala solat di masjid tersebut adalah sah dan memperolehi pahala, in shaa Allah.

(ii)

walau bagaimanapun, masjid yang sudah dibina daripada sumber yang haram adalah harus digunakan seperti masjid-masjid yang lain. Ini berdasarkan kaedah:

Maksudnya:  “Dimaafkan (diampunkan) pada penerusan apa yang tidak dimaafkan (diampunkan) pada permulaan”.

(Al-Qawaid al-Fiqhiyah wa Tadbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba’ah,

Dr. Muhammad Mustafa al-Zahaili); dan

(iii)

wang daripada sumber haram atau tidak patuh syariah yang hendak dibersihkan, apabila pelakunya telah bertaubat, mestilah disalurkan kepada maslahah orang Islam seperti pembinaan jambatan, pondok, masjid, jalan raya, sekolah, hospital dan seumpamanya. Jika tidak boleh maka disalurkan kepada orang-orang fakir dan miskin di kalangan orang Islam.

Hasil haram yang telah disalurkan tersebut, adalah halal dan baik bagi golongan tersebut.

Bertarikh 20 Disember 2018

[JMNPP/(S)/19/1101/002(33); PUNPP 352/100/1/2/EA/1 Jld. 5]

DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR

Mufti Kerajaan Negeri

Pulau Pinang

319 14hb Mac 2019]

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM

(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004

FATWA UNDER SECTION 48

In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.

FATWA MENGENAI PEMBINAAN MASJID DARI DANA LOTERI

KEBAJIKAN MASYARAKAT DAN SOLAT DI DALAMNYA

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 6/2017 telah membincangkan mengenai isu Pembinaan Masjid Dari Dana Loteri Kebajikan

Masyarakat Dan Solat Di Dalamnya dan memutuskan seperti yang berikut:

(i)

setelah meneliti keterangan serta hujah dan dalil yang dinyatakan, maka mesyuarat memutuskan bahawa hukum membina masjid daripada sumber yang haram seperti Dana Loteri Kebajikan Masyarakat adalah haram.

Manakala solat di masjid tersebut adalah sah dan memperolehi pahala, in shaa Allah.

(ii)

walau bagaimanapun, masjid yang sudah dibina daripada sumber yang haram adalah harus digunakan seperti masjid-masjid yang lain. Ini berdasarkan kaedah:

Maksudnya:  “Dimaafkan (diampunkan) pada penerusan apa yang tidak dimaafkan (diampunkan) pada permulaan”.

(Al-Qawaid al-Fiqhiyah wa Tadbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba’ah,

Dr. Muhammad Mustafa al-Zahaili); dan

(iii)

wang daripada sumber haram atau tidak patuh syariah yang hendak dibersihkan, apabila pelakunya telah bertaubat, mestilah disalurkan kepada maslahah orang Islam seperti pembinaan jambatan, pondok, masjid, jalan raya, sekolah, hospital dan seumpamanya. Jika tidak boleh maka disalurkan kepada orang-orang fakir dan miskin di kalangan orang

Islam. Hasil haram yang telah disalurkan tersebut, adalah halal dan baik bagi golongan tersebut.

Dated 20 December 2018

[JMNPP/(S)/19/1101/002(33); PUNPP 352/100/1/2/EA/1 Jld. 5]

DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR

Mufti State Government

Penang

320

[14hb Mac 2019

321 14hb Mac 2019]

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.