Jadual
JADUAL
FATWA MENGENAI KEDUDUKAN HIZBUT TAHRIR
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2018 telah membincangkan mengenai isu Kedudukan Hizbut Tahrir dan memutuskan seperti yang berikut:
1. Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:
bahawa pemerintah, ahli parlimen dan para ulama Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur;
bahawa negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kufur dan haram menyertai sistem kerajaan sekarang;
NEGERI PULAU PINANG
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF PENANG GAZETTE
24hb September 2020
Jil. 64
No. 20
TAMBAHAN
No. 2
BE
S
R
A
T
U
D
AN S
ETI
A
764
[24hb Sept. 2020
menafikan istilah “al-Qadha’ wa al-Qadar”;
berpegang kepada fahaman Qadariyyah;
bahawa akidah Siyasiyyah Iebih penting daripada akidah Ruhiyyah;
menolak sumber akidah melalui hadis Ahad kerana boleh membawa kesesatan berasaskan hadis Ahad itu dalil zanni sedangkan akidah itu keyakinan; atau
bahawa Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi Nabi atau Rasul.
2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut
Tahrir termasuklah:
menjadi ahli kumpulan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;
berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;
mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah Iain;
berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran
Hizbut Tahrir;
melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;
mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;
memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran
Hizbut Tahrir di mana-mana harta alih atau tak alih; atau
mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran
Hizbut Tahrir di negeri Pulau Pinang.
765 24hb Sept. 2020]
3. Mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
4. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru mempunyai persamaan dengan unsur-unsur fahaman dan ajaran
Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan aqidah Islam yang sebenar.
5. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook. twitter atau media sosial lain adalah diharamkan.
6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Pulau Pinang.
Dibuat 11 Disember 2019
[JMNPP/(S)/1101/002 Klt. 2(13); PUNPP 325/100/1/2/EA/1 Jld. 6]
DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR
Mufti
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004
FATWA UNDER SECTION 48
In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.