Jadual
JADUAL
FATWA BAGI MENGHALANG PEMBID’AHAN DAN PENGHINAAN
KEPADA AMALAN-AMALAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2017 dan Bil.
5/2018 telah membincangkan mengenai Fatwa Bagi Menghalang Pembid’ahan
Dan Penghinaan Kepada Amalan-Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fatwanya adalah seperti berikut:
1. Amalan-amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi termasuk di dalam perkara khilafiyyah di sisi ulama dan fuqaha adalah harus diamalkan.
Amalan-amalan tersebut ialah:
membaca Talqin;
membaca AI-Quran di atas kubur;
Majlis Tahlil;
Kenduri Arwah;
amalan menghadiahkan pahala kepada si mati melalui bacaan Al-Quran, jamuan makan dan sebagainya;
Qunut Subuh;
Bacaan doa dan diaminkan oleh para jemaah secara beramai-ramai sama ada selepas solat atau di lain-lain waktu dan upacara;
Tawassul;
berzikir secara beramai-ramai;
membaca surah Yasin pada malam Jumaat atau pada mana-mana majlis upacara sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maal
Hijrah, Sambutan Maulid ar-Rasul, Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah, dan Sambutan Isra’ Mikraj;
774
[24hb Sept. 2020
Sembahyang Tarawih 20 rakaat;
Sembahyang Hajat secara berjamaah;
menyapu muka selepas memberi salam;
Azan dua kali pada hari Jumaat;
melafazkan niat dalam ibadah; dan
membaca surah Yasin 3 kali pada malam Nisfu Syaaban.
2. Amalan-amalan dalam perenggan (1) boleh menyuburkan rasa cinta kepada
Allah SWT, Rasulullah SAW, al-Quran, al-Sunnah dan memberi kebaikan serta perpaduan di dalam masyarakat.
3. Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan adalah dilarang—
membid’ah;
menghina;
mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh sama ada dengan perkataan, perbuatan, penulisan atau apa-apa tindakan yang membawa maksud yang seumpama dengannya; atau
memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat yang bertentangan dengan amalan-amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tersebut di atas.
4. Mana-mana orang Islam yang melakukan apa-apa perbuatan dalam perenggan
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Pulau Pinang.
Dibuat 11 Disember 2019
[JMNPP/(S)/1101/002 Klt. 2(13); PUNPP 325/100/1/2/EA/1 Jld. 6]
DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR
Mufti
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004
FATWA UNDER SECTION 48
In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.
775 24hb Sept. 2020]