Jadual
JADUAL
FATWA MENGENAI ALIRAN PEMIKIRAN LIBERALISME DAN
PLURALISME AGAMA
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 6/2014 dan Bil.
5/2018 telah membincangkan mengenai Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme
Agama. Fatwanya adalah seperti berikut:
1. Bahawa Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Ia perlu disekat dari berkembang di Negeri
Pulau Pinang berdasarkan kepada beberapa percanggahan yang terdapat dalam aliran pemikiran tersebut sama ada dari sudut akidah dan syariah:
i. Aspek Akidah
Berpegang kepada Konsep Pluralisme
Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap
Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.
Akal Manusia Adalah Wahyu
Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.
Meragui Ketulenan AI-Quran
Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya
Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.
785 24hb Sept. 2020]
WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG ii. Aspek Syariah
Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran AI-Quran Dan AI-Hadith
Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.
Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat
Aliran pemikiran ini juga berpegang pada slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran” sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.
Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian
Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah SAW dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru, sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Israk dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.
Sikap Terhadap llmu-Ilmu Islam
Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-Tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam disiplin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.
Sikap Terhadap Hukum
Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.
786
[24hb Sept. 2020
2. Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan dilarang berpegang kepada
Aliran Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama kerana ia bertentangan dengan Ajaran dan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Larangan ini meliputi—
Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan, yang menjadi pengikut Aliran Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme
Agama ini adalah disifatkan mengamalkan ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan, melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Aliran Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan Aliran Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme
Agama, adalah disifatkan mengamalkan ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana Aliran
Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama atau apa-apa ajaran atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur Aliran Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan Aliran
Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama atau apa-apa ajaran atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur
Aliran Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama dalam apa-apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan;
Orang-orang Islam juga adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan lain, dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk Iambang, rajah atau tanda yang boleh mengaitkan
Aliran Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;
Apa-apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.
Bertarikh 11 Disember 2019
[JMNPP/(S)/1101/002 Klt. 2(13); PUNPP 325/100/1/2/EA/1 Jld. 6]
DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR
Mufti
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
787 24hb Sept. 2020]
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004
FATWA UNDER SECTION 48
In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.