/akn/my-07/state_gazette/unknown/pggn22y2020/no-793

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
2

Quick answer

About this state subsidiary legislation

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 793, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 [Enakmen 2], atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

FATWA MENGENAI PANDUAN PENGAMBILAN TANAH WAKAF

UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2019 telah membincangkan Fatwa Mengenai Panduan Pengambilan Tanah Wakaf Untuk

Tujuan Pembangunan. Fatwanya adalah seperti berikut:

i.

Konsep istibdal yang diguna pakai adalah berdasarkan tuntutan Syarak yang mensyaratkan agar penggantian tanah yang ditukar ganti hendaklah sekurang-kurangnya tanah yang sama atau lebih baik daripada tanah yang diambil.

861 22hb Okt. 2020]

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG ii.

Maksud ‘lebih baik’ hendaklah merangkumi pelbagai sudut, iaitu daripada sudut nilai harta wakaf, gred tanah, keluasan dan manfaat (berdasarkan syarat-syarat pewakaf) yang baik boleh diperolehi daripada istibdal tersebut.

iii.

Proses istibdal adalah menukarkan tanah dengan tanah sahaja dan bukannya wang, kecuali dalam kes-kes yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat keputusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.

iv.

Pihak kerajaan hendaklah terlebih dahulu menyediakan tanah yang bersesuaian dengan konsep istibdal sebelum membuat pengambilan tanah wakaf.

v.

Pengambilan tanah secara istibdal ini hanya boleh diambil oleh pihak

Kerajaan Negeri atau Persekutuan atas dasar keperluan yang mendesak dan untuk tujuan maslahah ammah sahaja.

Bertarikh 28 September 2020

[JMNPP/(S)/19/1101/002 KLT. 2( ); PUNPP 325/100/1/2/EA/1 Jld. 8]

DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR

Mufti

Kerajaan Negeri Pulau Pinang

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM

(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004

FATWA UNDER SECTION 48

In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.

Jadual

Suggest a correction

FATWA MENGENAI PANDUAN PENGAMBILAN TANAH WAKAF UNTUK

TUJUAN PEMBANGUNAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2019 telah membincangkan Fatwa Mengenai Panduan Pengambilan Tanah Wakaf Untuk

Tujuan Pembangunan. Fatwanya adalah seperti berikut:

i.

Konsep istibdal yang diguna pakai adalah berdasarkan tuntutan Syarak yang mensyaratkan agar penggantian tanah yang ditukar ganti hendaklah sekurang-kurangnya tanah yang sama atau lebih baik daripada tanah yang diambil.

ii.

Maksud ‘lebih baik’ hendaklah merangkumi pelbagai sudut, iaitu daripada sudut nilai harta wakaf, gred tanah, keluasan dan manfaat (berdasarkan syarat-syarat pewakaf) yang baik boleh diperolehi daripada istibdal tersebut.

862

[22hb Okt. 2020

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG iii.

Proses istibdal adalah menukarkan tanah dengan tanah sahaja dan bukannya wang, kecuali dalam kes-kes yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat keputusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.

iv.

Pihak kerajaan hendaklah terlebih dahulu menyediakan tanah yang bersesuaian dengan konsep istibdal sebelum membuat pengambilan tanah wakaf.

v.

Pengambilan tanah secara istibdal ini hanya boleh diambil oleh pihak

Kerajaan Negeri atau Persekutuan atas dasar keperluan yang mendesak dan untuk tujuan maslahah ammah sahaja.

Dated 28 September 2020

[JMNPP/(S)/19/1101/002 KLT. 2( ); PUNPP 325/100/1/2/EA/1 Jld. 8]

DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR

Mufti

State Government of Penang

863 22hb Okt. 2020]

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG