Jadual
JADUAL
FATWA MENGENAI BAYARAN ZAKAT KEPADA AMIL
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2019 telah membincangkan Fatwa Mengenai Bayaran Zakat Kepada Amil. Fatwanya adalah seperti berikut:
i.
Hukum pembayaran zakat kepada amil yang dilantik oleh Majlis Agama
Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) adalah wajib.
ii. Bayaran zakat secara terus kepada asnaf yang layak adalah sah namun perbuatan membelakangkan amil yang dilantik oleh MAINPP adalah berdosa dan menyalahi hukum syarak.
iii.
Haram memindahkan zakat ke luar negeri Pulau Pinang berdasarkan maslahah semasa kerana ia menafikan hak dan menjejaskan keperluan asnaf.
Bertarikh 28 September 2020
[JMNPP/(S)/19/1101/002 KLT. 2( ); PUNPP 325/100/1/2/EA/1 Jld. 8]
DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR
Mufti
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
864
[22hb Okt. 2020
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004
FATWA UNDER SECTION 48
In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.