Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

enakmen pentadbiran undang-undang islam 1991

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

enakmen pentadbiran undang-undang islam 1991 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1564, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

enakmen pentadbiran undang-undang islam 1991

Fatwa di bawah Seksyen 36

1991

36

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991

[Enakmen No. 3 tahun 1991] setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan

Hukum Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

jadual/

larangan menggunakan perkataan (kalimah) allah atau lain-lain perkataan dalam agama islam oleh orang bukan islam

(1)

Penggunaan perkataan (kalimah) Allah atau lain-lain perkataan dalam agama Islam yang dipakai oleh orang Islam dalam penulisan, pernyataan, penyebaran, percakapan dan apa-apa bentuk penerbitan sama ada di media elektronik atau media cetak oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru atau memesongkan akidah umat Islam sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan

Agama-Agama Bukan Islam 1989 [Enakmen No. 5 tahun 1989] adalah dilarang.

(2)

Menggunakan perkataan (kalimah) Allah atau lain-lain perkataan di dalam

Jadual Bahagian I, Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 [Enakmen No. 5 tahun 1989] adalah merupakan satu kesalahan yang termaktub di dalam Enakmen berkenaan.

[12hb Sept. 2013 1234

hukum menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat (surrogate mother)

(1)

Menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah haram walaupun sperma dan ovum atau selain daripada keduanya diambil daripada pasangan suami dan isteri yang sah kerana ianya berlaku kekeliruan dari sudut nasab anak.

(2)

Sumbangan sperma, ovum, embrio, rahim oleh pihak ketiga atau penggunaan lain-lain kaedah adalah haram di sisi syarak.

(surrogate mother)

penggunaan tulang haiwan dalam industri pembuatan

(1)

Tulang haiwan yang halal dimakan dan disembelih menurut hukum syarak boleh digunakan dan tidak najis.

(2)

Tulang haiwan yang haram dimakan adalah tidak halal dan najis.

(3)

Apa sahaja barangan buatan daripada tulang yang diragui adalah najis dan haram digunakan kerana syubhah.

12hb Sept. 2013]

1235

hukum menternak dan menjual lintah dan cacing untuk tujuan perubatan dan kosmetik

(1)

Lintah dan cacing dianggap haiwan yang suci (tidak najis) walaupun tidak boleh dimakan.

(2)

Jumhur Fuqaha’ berpendapat cacing adalah tidak najis kecuali Fuqaha’

Syafi’iyah.

(3)

Penternakan cacing dan lintah yang bukan bermatlamat sebagai bahan makanan tetapi sebagai bahan perubatan dan kosmetik serta penghasilan baja adalah harus.

Larangan penggantungan kaligrafi islam di premis bukan islam

Orang Bukan Islam dilarang meletakkan kaligrafi Islam yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, Hadis atau kalimah suci agama Islam di premis mereka bagi tujuan menjaga kehormatan ayat-ayat Al-Quran, Hadis dan kalimah suci agama Islam.

Kedudukan ajaran hizb al-tahrir

Ajaran ini haram diamalkan di Negeri Pahang kerana bertentangan dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan tidak boleh diamalkan oleh umat

Islam.

[12hb Sept. 2013 1236

kedudukan kumpulan pemuda kahfi atau ajaran bina negara islam (ma’had al-zaytun)

Ajaran kumpulan pemuda kahfi atau ajaran bina Negara Islam (Ma’had Al-zaytun) adalah haram diamalkan di Negeri Pahang kerana bertentangan dan menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

hukum pelaksanaan takaful

Hukum pelaksanaan takaful adalah harus dengan syarat ia mematuhi prinsip syariah dalam polisi perlindungannya.

hukum bertatu

Hukum bertatu (iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu)

adalah haram.

status agama anak bawah umur 18 tahun selepas salah seorang pasangan memeluk agama islam

Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam. Penjagaan anak tersebut hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam. Dalam keadaan tertentu penjagaan boleh diberikan kepada ibu atau bapa yang bukan Islam dengan syarat memastikan makan minumnya halal dan dididik dengan ajaran Islam.

.

12hb Sept. 2013]

1237

hukum berpegang pada ajaran syiah

Hukum berpegang pada, mengamalkan dan menyebarkan ajaran syiah adalah haram disebabkan fahaman dan ajaran Syiah ini adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bertarikh pada 19 Ogos 2013

[JMNP:C FT 351/600/59]

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Osman

Mufti Negeri Pahang

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.