Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (B)

Fatwa di Bawah Seksyen 34

Feedback & support

The text

1 Jun 2021 1 June 2021

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

FATWA UNDER SECTION 34

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

2

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

Preamble

MENURUT subseksyen 34(1)

Akta

Pentadbiran

Undang-Undang

Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW

(FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993

FATWA UNDER SECTION 34

Preamble

PURSUANT to subsection 34(1)

of the

Administration of

Islamic

Law

(Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

Schedule

JADUAL/SCHEDULE

FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM MENANAM JANIN DI ATAS PUSARA WARIS

KELUARGANYA

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kali Ke-124 yang bersidang pada 27 Julai 2020 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Menanam Janin di atas Pusara Waris Keluarganya.

Fatwanya adalah seperti yang berikut:

3

Hukum menanam janin di atas pusara waris keluarganya adalah diharuskan dengan mematuhi syarat-syarat yang berikut:

(a)

mana-mana orang atau pihak yang hendak menanam janin di atas pusara waris keluarga bagi janin tersebut hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan dengan mengemukakan dokumen yang lengkap bagi membuktikan pertalian antara janin dengan pemilik pusara; dan

(b)

pihak yang berkenaan hendaklah memastikan saiz kubur yang digali mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (“JAWI”) supaya bersesuaian dengan saiz dan usia janin yang dikebumikan.

Bertarikh 28 Mei 2021

Dated 28 May 2021

[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]

DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH

Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/

Mufti for the Federal Territories