Seksyen 1
Harta luqatah hendaklah diserahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (“MAIWP”).
/akn/my/act/pub/2021/429
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 429 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Opening note
Opening note
Harta luqatah hendaklah diserahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (“MAIWP”).
Baitulmal MAIWP berhak mengagihkan harta tersebut untuk kegunaan umat
Islam sekiranya tiada tuntutan yang dibuat terhadap harta luqatah tersebut.
3
Baitulmal MAIWP hendaklah memulangkan harta tersebut kepada pemilik atau waris yang sah sekiranya pemilik atau waris yang sah tersebut membuat tuntutan.
Pengurusan harta luqatah tertakluk di bawah Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh Baitulmal MAIWP.
Bagi maksud fatwa ini, harta luqatah ialah harta yang hilang dari pemiliknya dan dijumpai oleh orang lain atau harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga dan penemu tidak mengenali pemiliknya.
Bertarikh 19 Ogos 2021
Dated 19 August 2021
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories