Seksyen 1
Hukum menjual kulit, bulu, tulang dan tanduk haiwan korban yang telah disembelih adalah haram kecuali bagi golongan fakir.
P.U. (B) 152 3 2.
Walau bagaimanapun, hukum menjual kulit, bulu, tulang dan tanduk haiwan korban yang telah disembelih oleh pihak yang berautoriti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah harus dan hasil jualan tersebut hendaklah diberikan kepada golongan fakir atau dimanfaatkan untuk maslahah umum.