Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (B)

Fatwa di Bawah Seksyen 34

Feedback & support

The text

20 April 2023 20 April 2023

P.U. (B) 153

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

FATWA UNDER SECTION 34

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (B) 153 2

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

Preamble

MENURUT subseksyen 34(1)

Akta

Pentadbiran

Undang-Undang

Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW

(FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993

FATWA UNDER SECTION 34

Preamble

PURSUANT to subsection 34(1)

of the

Administration of

Islamic

Law

(Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

Schedule

JADUAL/SCHEDULE

FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM LELAKI MENGGUNAKAN

PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG MENGANDUNGI EMAS

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kali Ke-131 yang bersidang pada 9 Julai 2021 telah membincangkan perkara berkenaan dengan hukum lelaki menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi emas.

Fatwanya adalah seperti yang berikut:

1.

Hukum menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi emas sama ada berbentuk hablur, sabun, masker dua puluh empat (24) karat atau apa-apa bentuk lain sekiranya produk tersebut mengandungi kuantiti emas yang banyak adalah haram bagi lelaki.

2.

P.U. (B) 153 3

Walau apa pun perenggan 1, penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi kuantiti emas yang lebih banyak daripada bahan lain adalah harus bagi lelaki bagi maksud merawat kulit wajah yang rosak teruk atau menutup aib pada wajah kerana termasuk dalam kategori hajiyyah (keperluan).

3.

Produk penjagaan kulit yang mengandungi kuantiti emas yang sangat sedikit adalah harus digunakan bagi lelaki walaupun tanpa apa-apa hajiyyah (keperluan).

Ukuran kadar yang sangat sedikit ialah apabila emas tidak boleh dipisahkan daripada kandungan bahan lain dengan apa-apa cara seperti peleburan dan seumpamanya.

Bertarikh 20 April 2023

Dated 20 April 2023

[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/JLD. 17]

PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH

Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/

Mufti for the Federal Territories