Seksyen 1
Ajaran Kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang diajar oleh
Masitah binti Ab Jalar adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Ciri-ciri penyelewengannya yang utama ialah menjadikan mimpi sebagai sumber ilmu dan menyebarkan kepada umum bahawa berdasarkan mimpi, Masitah binti Ab Jalar—
3
(a)
telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa dia merupakan orang yang mengetahui tentang sesuatu peristiwa yang bakal berlaku;
(b)
akan menyelamatkan mana-mana orang yang melakukan perbuatan ahli neraka atau ahli maksiat daripada dimasukkan ke dalam neraka pada hari pembalasan;
(c)
telah berinteraksi dan berkomunikasi dengan malaikat, Rasulullah SAW dan zat Allah SWT sehingga akhirnya dia diberi amanah oleh zat Allah SWT untuk menyelamatkan dan mengeluarkan seseorang daripada seksaan api neraka;
(d)
mendapat nur atau cahaya dari Allah SWT melalui malaikat yang menjaga sirat dan akan menjadi penyuluh laluan di titian sirat serta yang akan menyelamatkan orang yang berjalan berpandukan nur yang beliau miliki daripada jatuh ke lubang neraka; dan
(e)
bertemu dengan Imam Mahdi di atas Arasy. Semua manusia mesti mencari
Imam Mahdi sebagai penyelamat daripada huru-hara yang akan berlaku di dunia ini.